08.11.2017 @ 22.35pm
Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara.
Sebenarnya terketar-ketar untuk memulakan tinta ini. Tapi ada tanggung jawab yang perlu dilunaskan oleh insan kerdil ini.
Salam perkenalan. Salam kasih sayang. Nama surat beranak, Nafsiah binti Abdullah. Sejak kecil sering diusik dan disakat oleh ahli keluarga, bahawasanya saya bakal mengikuti jejak Tan Sri Napsiah Omar. Saya hanya tersenyum. Apakah kelulusan gah yang saya ada? Hanya segulung Diploma Pengurusan Ladang. Himpunan Kredit Matanya boleh tahan, 3.40. Sepatutnya jadi pelajar terbaik, tapi sayang nakal sangat di zaman universiti, jatuh ke tangan orang lain.
Nick name, banyak. Kalau keluarga panggil Rina terbitan daripada Azrina. Kalau member sekolah panggil Nafsiah, Naf, Nap dsbnya. Akhirnya pasal bengang geng-geng selalu salah eja nama saya mana digabungkan Nafsiah + Azrina = Nana (panggilan rakan-rakan sekarang).
Kalau ditanya cita-cita saya, wah banyak! Tamak haloba katakan. Tapi hobi saya kuat berangan-angan. Dulu-dulu nak kahwin dengan anak raja kononnya. Akhirnya jodoh si Polis Bantuan Pos Malaysia. Sebab tu juga saya berangan-angan jado novelis terkenal satu hari nanti. Doakan tau!!
Jika kalian tanya, saya bahagiakah? Suami saya 3 tahun lebih muda, tentunya dia seorang penyayang. Librian jumpa Taurus, sweetkan. Atas dasar kasih sayang dan cinta yang terpetri sejak 03.06.2005 itu, hasilnya Allah kurniakan empat orang cahaya mata. Dua pasang, diapit hero di awal dan akhir. Bahagia dikelilingi oleh empat orang An-Nur. Senang orang kenal anak-anal saya, jenamanya bermula dengan An-Nur. An-Nur Firdhaus, An-Nur Firzanah, An-Nur Firjani dan An-Nur Firuz Nafiz. Maksudnya, insya allah yang baik-baik. Moga mereka jadi insan soleh dan solehah.
Kalah ditanya tentang pekerjaan, memang perangai agaknya. Setiap tiga tahun melompat kerja ke syarikat baharu. Tapi Disember ini, bakal tiga tahun. Insya Allah bakal kekal rasanya. Kebajikan terbela, persekitaran yang bagus dan paling penting ada hari keluarga. Hai, tak sabar tunggu hari keluarga 2017. Mana nak pergi agaknya?
Kemahiran saya dalam bidang impot dan ekspot. Jadi Eksekutif Kanan Logistik di sebuah kilang mesin origin Jerman, makin buat saya seorang berkeyakinan. Maklumlah jadi orang kanankan...😂😂😂
Saya ada satu lagi minat, bidang penulisan. Sejak sekolah menengah, minat berpantun, bersyarah, berpidato, pentoman dan aktif sehingga peringkat negeri Melaka.
Alhamdullilah, saya sudah ada empat buku antologi diterbitkan dan satu lagi antologi seram bakal terbit dalam bulan November ini. TUNGGU!!!
BANYAK LAGI HANTU AKAN SAYA KONGSIKAN. Eh, maaf saya mula merapu..♡♡♡
Kita akhiri dahulu, salam perkenalan ini. Nanti cerita lagi. Tengah nak jiwang karat sekejap. Buka manuskrip yang bersawang. Manalah tahu boleh hantar ke syarikat penerbitankan...
Okay,,..nama follow saya. Fb carilah Pn Fakarina. Ig pun sama. Nak tampal link tak pandai lagi, maklumlah baru nak celik blog. Saya belajar lagi tau..adios...see yeah...
Nukilan tinta,
PN Fakarina a.k.a Nana a.k.a Rina
08.11.2017 @ 2300hrs
No comments:
Post a Comment