"Ikut
Zaf!" Zaf pegang erat tangan Ain. Jika tidak diheret, memang tidak
baliklah jawabnya. Dia mahu selesaikan amanah Lebai Syakir segera. Ini bukan
kali pertama, Zaf turuti Ain di sini.
"Lepaskanlah,
sakit tau. Kenapa nak paksa-paksa ni!" Puas Ain cuba merentap tangannya agar
terlepas tapi gagal. Tenaga lelakikan tentu-tentunya lebih kuat.
"Zaf,
lepas. Sakitlah." Zaf tak endahkan jeritan Ain. Orang yang ada di situ
sekadar melihat saja. Keadaan Ain agak lemah buatkan dia tak mampu meronta
untuk lawan kederat lelaki setegap Zaf.
"Zaf
akan lepaskan tangan Ain, bila Ain dah masuk dalam kereta nanti." Zaf
sudah menyandang beg tangan Ain di bahunya. Sekeping not lima puluh diletakkan
di atas bar kaunter sambil berikan isyaratkan kepada pelayan bar di situ.
"Keep the change!" Pelayan bar itu
mengangguk.
"Dah
jom balik. Jangan banyak dalih lagi!" Hendak atau tidak, Ain terpaksa
berpaut kepada Zaf lantaran kepalanya masih berpusing.
Kunci
kereta gadis itu diserahkan kepada Nasseer. Nasseer tidak masuk ke dalam kelab
malam tadi kerana dia tidak selesa. Lagipun, takkanlah berbaju Melayu dan
berserban, mahu masuk tempat sebegitu.
Semuanya
sebab Lebai Syakir sudah mengamuk di rumah mereka tadi. Berang dengan tingkah
laku Ain. Keluhnya, anak gadis seorang pun sukar hendak dididik dan dipantau.
"Seer,
kereta Kak Ain kau bawa balik eh. Abang nak bawa Kak Ain selesakan diri dulu.
Kalau lebai tanya, cakapkan Kak Ain ada dengan abang. Dia dah stabil sikit
nanti abang bawa dia balik." Terang Zaf beriya-iya.
"Baiklah,
bang. Teruk sangat keadaan Kak Ain ni. Takut tambah dengan mulut Mak Sam yang
suka jadi batu api, silap hari bulan malam ni gak dia kena halau nanti."
Memang Ain dan Puan Samsina, ibu kandung Nasseer memang tidak sebulu.
"Mmmm...Yalah.
Abang pun kasihankan kat Ain ni."
"Okaylah
bang. Seer gerak dululah. Dah lewat sangat ni. Esok, Seer ada kelas."
"Hati-hati!"
Nasseer mengangguk. Zaf hanya menghantar Nasseer dengan pandangan saja. Ain
yang masih erat dalam dakapannya, segera dipimpin masuk ke dalam kereta.
"Zaf
buat Ain ni macam bini Zaf pulak. Kita nikan dah macam belangkaskan. Mana Ain
ada, mesti Zaf adakan. Betul tak," Ain mula merapu. Kepalanya makin
berdenyut-denyut. Silap dia menelan pil khayal tadi.
“Kenapa?
Ain berani ke nak berlakikan lelaki macam Zaf ni? Ain tahukan Zaf macam mana?"
Zaf cuba menguji dan bertanya bertubi-tubi. Idea nakal tiba-tiba saja muncul.
Perakam di telefon pintarnya dipasang. Dia mula merekodkan perbualan yang
bermakna ini padanya.
"Betul,
Ain nak bersuamikan Zaf?" Ain mengangguk sambil tersenyum. Zaf cuba
menekankan kembali persoalan itu.
"Betul
ke Ain?" Tanya Zaf lagi.
"Eh,
betullah. Kenapa tak? Zaf jadi suami Ain je pun. Lain-lain tetap tak berubahkan."
Ain tertawa kecil.
"Ain
tahu yang Zaf memang sukakan Ain dari dulukan. Ain kena janji dengan Zaf. Lepas
kahwin, Zaf nak buat apa-apa pun kat Ain, Ain tak kisah. Asalkan Ain bebas dari
rumah neraka tu. Dan ayah tak perlu nak maki-maki Ain lagi. Ain nak bebas dari
rumah Lebai Syakir." Ain luahkan isi hatinya, walaupun dia sedang khayal.
Mata pun sudah jadi mata beruang panda, hendak buka kelopak matapun berat
sangat.
"Apa-apa
pun? Ain pasti?" Zaf sengaja menekan soalannya tadi. Dia mahu kepastian
Ain sungguh-sungguh. Perkara itu wajib dipastikan.
"Yelah,
apa-apa pun tapi lepas kita kahwinlah. Sekarang tak boleh, dosa!" Ain
luahkan kata-katanya dengan nada manja dan agak yakin juga.
"Ain
tak main-mainkan Zafkan. Ain sedar tak apa yang Ain sedang cakapkan ni?"
"Ain
tahulah. Ain cuma pening, bukannya mabuk. Ain tak biasa dengan supply baharu ni. Tak best manapun, pening je lebih." Ain
seolah-olah yakin dengan kata-kata. Zaf tersenyum sumbing.
"Baiklah,
Zaf harap Ain tak menyesal. Zaf pantang dicabar tau. Tapi Ain kena ubah
perangai buruk ni. Kalau Ain degil, Zaf pukul je Ain nanti!" Ugut Zaf.
"Tak
mungkinlah Ain menyesal. Ini Ainlah. Siapa tak kenal? Sering tekad dalam
keputusan. Ain janji Ain akan berubah ye, sayang." Ain tersenyum nipis.
"Tapi
ingat, kalau Ain degil Zaf akan pukul Ain. Faham tak?” Zaf sengaja menggugut
Ain lagi. Memang Zaf ada barannya, namun tidak pernah dia tunjukkan lebih-lebih
pada gadis itu.
“Ya,
ya. Ain izinkan. Zaf nak pukul ke apa ke, janji mendidik Ain ke arah kebaikan.
Tak ada hallah.”
"Baiklah,
jom kita balik. Bolehlah Zaf pinang Ain segera!" Bersemangat Zaf
nampaknya.
"Ain
mengantuklah. Dah sampai nanti, kejutkan Ain ye!” Ain bersuara agak lemah dan
akhirnya terus tertidur. Perakam tadi dimatikan dan disimpan dengan tajuk, Persetujuan Ain.
No comments:
Post a Comment