Raihan
mengeluh dalam-dalam. Wajahnya diraup. Sakunya diseluk. Telefon bimbit
dikeluarkan. Sambil tangannya mendial nombor telefon ibunya.
"Ibu,
papa sihat?" Raihan terus bertanya khabar setelah melafazkan salam. Rindu
tidak terkata. Dapat menatap wajah kedua-dua ibu bapanya melalui aplikasi Skype itu cukup menenangkan hatinya yang
gelisah. Wajah Shimah dipandang sekali lagi.
Raihan
agak serba salah untuk mengkhabarkan kepada mereka berdua yang dia dipaksa
berkahwin. Menolak desakan itu juga payah. Encik Haikal masih tidak mahu
berenggang dengan senapang patahnya. Lelaki tua itu masih mengawasi gerak
langkahnya dari dalam rumah.
Raihan
fikir ada benar juga kata-kataku. Membunuh mungkin tidak, tapi mencederakan
dirinya yang sekeping itu pasti. Gerun hendak merenung wajah Encik Haikal.
Membayangkan wajah Encik Haikal dengan misai tebal dan hujung misainya
melentik-lentik ke atas, cukup menggetarkan jantungnya. Sungguh saling tidak
tumpang, persis rupa pelakon veteran A. Galak.
Restu
keluarga kandung juga penting demi kebahagiaannya. Sungguh Raihan buntu sangat
sekarang. Manakan, dia tengah sibuk dengan projek sana sini di tempat kerja. Syarikat
yang diamanahkan oleh ibu dan papanya untuk dia uruskan di Malaysia. Selain
itu, dia juga sibuk dengan kuliah dan kertas kerja pengajian jarak jauh
peringkat ijazah lanjutan dalam bidang seni bina pada setiap hujung minggu.
Tambahan pula beban bakal beristeri. Raihan benar-benar tidak mempunyai
perancangan masa depan lagi bersama aku.
"Kami
sihat-sihat saja. Tapi kenapa anak ibu macam ada masalah besar je, hmmmm?"
Namapun seorang ibukan, naluri Puan Hanita amat teliti dengan perubahan anak
bujangnya itu. Raihan memang anak yang baik. Jika ada sesuatu hal, mereka
berdua pasti jadi rujukannya.
"Han
kat mana ni? Papa rasa bukan dekat rumah kita nikan?" Tanya Encik
Zainuddin pula.
"Han,
dekat rumah Encik Haikal dan Puan Maria." Raihan terdiam seketika.
"Oooo...
Nanti kirim salam ye!" Tambah Encik Zainuddin tanpa mengesyaki apa-apa.
"Han,
ibu kenal sangat sikap Han. Ada apa nak." Tanya Puan Hanita lagi. Dia
tepuk bahu suaminya, agar memujuk Raihan berterus-terang. Anak bujangnya masih
berdiam diri dan mengeluh panjang.
Raihan
memandang lagi ke arah aku. Memang aku tidak kelihatan di skrin telefon bimbit
Raihan. Aku hanya menunduk ke lantai. Entah apa pendapat yang bakal diutarakan
oleh ibu dan papa Raihan nanti.
"Ibu,
papa, ada sesuatu sudah terjadi! Mereka paksa Han, berkahwin dengan Shimah. Ada
orang cuba menfitnah kami. Mereka dikatakan nampak kami berpegangan dan
bersentuhan semasa berada di luar. Padahal semua itu salah faham je,' Raihan
berjeda, sukar ditafsirkan.
Blind date yang dirancang oleh rakan seuniversitinya menjadi 'blind dot'. Maknanya temu janji buta
jadi titik buta terus. Temu janji yang diaturkan kerana masing-masing masih
solo. Sehinggakan Raihan dan aku, dicopkan anti sosial.
"Baru
sekali keluar bersama, dah terpaksa kahwin? Biar betul!" Kata ibu bapa
Raihan serentak. Tentulah mereka tergamamkan. Memang Raihan ada beritahu
aktivitinya dan salah satunya adalah temu janji dengan aku.
Raihan
mengangguk perlahan. Telefon dihalakan ke arahku yang sedang berendam air mata.
"Papa
kalau tahu siapa perangkap Han, tahulah papa mengajarnya." Tegas Encik
Zainuddin agak bengang. Penat-penat dia didik Raihan dengan ilmu agama dan
akhlak, orang tuding jari Raihan buat sumbang pula.
"Han
setuju ke?" Tanya Puan Hanita lagi.
"Han
serahkan pada ibu. Ibukan syurga Han." Raihan melirik pandangan kepada aku
yang masih tersedu-sedu.
"Serahkan
telefon pada Shimah. Kami nak berborak dengan dia." Pinta Puan Hanita.
Aku sambut
telefon yang dihulurkan oleh Raihan.
"Assalamualaikum,"
Aku agak gemuruh berhadapan dengan ibu bapa Raihan walaupun di atas talian.
Salam aku dijawab serentak.
"Shimah
serius nak nikah dengan anak kami?" Tegas pertanyaan Puan Hanita.
"Saya
terpaksa. Lagipun saya tak mahu Raihan dicederakan oleh ayah saya." Memang
itu yang aku risaukan.
"Mana
ada isu terpaksa dalam memilih pasangan. Cuma ada rela atau tak je. Ingat
kahwin ni macam main pondok-pondok ke?" Tegas Encik Zainuddin pula.
Tertunduk aku bila bertubi-tubi disoal siasat oleh ibu bapa Raihan.
“Saya
faham tu,” Jawab aku pendek.
"Solat
lima waktu, Shimah cukup tak?” Puan Hanita terus menyoal siasat lagi.
"Kekadang
ada jugak tercicir, tapi saya akan cepat-cepat ganti semula." Jawab aku
lurus.
"Mmm.
Kalau Raihanlah yang tertinggal solat, walaupun sudah besar panjang macam
nipun, ibu akan rotan.” Kata-kata Puan Hanita buatkan aku tertelan air liur.
Patutlah tampak sikap tegas diwarisi oleh Raihan.
“Shimah
sudah khatam mengaji Al-Quran?" Tanya Puan Hanita lagi.
"Dah!"
Jawab aku pendek.
"Baca
surah Yassin sekarang. Ibu nak dengar." Arah Puan Hanita. Terlihat dia
sudah bersedia mendengar di hujung talian sambil berpeluk tubuh.
Aku
pandang wajah Raihan pinta pertolongan. Raihan hanya menjungkit bahu. Mungkin
dia sudah menjangkakan, apa yang bakal ibunya tanyakan. Mujurlah, aku memang hafal
surah itu. Terima kasih kepada ayah kerana memaksa aku selama ini. Kata ayah,
senang hendak baca dan hayati jika sudah tersemat dalam kepala.
Syukur, lancar
saja aku baca 83 ayat dalam surah itu lengkap dengan tajwidnya sekali. Raihan
tersenyum puas. Begitu juga ibu bapa Raihan. Terangguk-angguk mereka berdua
nampaknya.
"Baiklah.
Ibu setuju Shimah jadi menantu ibu. Tapi ingat berkahwin bukan mudah. Kamu
berdua belum kenal antara satu sama lain. Hal rumah tangga jangan dijajakan
kepada orang lain. Jaga maruah Raihan, bila jadi isterinya kelak. Faham!"
Tegas Puan Hanita.
"Baik,
saya akan cuba sebaik mungkin." Aku cuba tabur janji yang aku sendiri tak
pasti.
"Han,
nanti papa bagi duit untuk nikah dan majlis kenduri doa selamat. Selamat pengantin
baru, Raihan." Celah Encik Zainuddin.
"Terima
kasih papa dan ibu bagi restu. Pasal duit tu, papa dan ibu tak perlu risau. Nanti
guna duit Han, ada je dalam simpanan.” Ikhlasnya Raihan menolak.
Kalau aku
orang sudah bagi ambil sajalah. Sebab mungkin aku seorang yang boros kut.
"Tak
perlu? Mana boleh. Papa akan depositkan juga. Sudahlah kahwin bidan terjun.
Banyak lagi yang Han perlu siapkan nanti. Cuma maaf kami tak dapat sama-sama ke
majlis tu nanti, Han." Jelas Puan Hanita.
"Baiklah,
jaga diri semua." Talian diputuskan setelah Raihan berikan salam kepada
ibu bapanya.
Raihan
kembali tatap wajah aku, kali ini lebih dalam dan lama. Aku pula naik gelisah
dan resah. Terasa ingin aku tinggalkan jasad ini sekejap. Biarkan roh aku
berlegar-legar menyedut oksigen yang rasanya tidak mencukupi itu.
"Shimah,
saya dapat rasakan awak perempuan yang baik. Baiklah, saya bersetuju
memperisterikan awak. Tapi janji jadi isteri yang taat dan ibu yang baik buat
anak-anak saya. Saya tak janji dapat bagi kemewahan dunia pada awak. Macam awak
cakap makna nama saya juga petunjuk. Saya akan cuba bawa awak ke syurga." Raihan
tersenyum. Mengalir juga, air mata aku mendengarnya. Senyuman manis aku akhirnya
terpamer di bibirku.
"Terima
kasih, Han." Aku bersyukur kerana ada kata putus dalam hati ini. Raihan
masih dengan senyuman nipisnya.
"Jangan
gembira sangat. Saya ni jenis yang tak mudah berputus asa. Saya akan siasat
siapa punya onar yang fitnah kita dan awak bersedialah untuk diuji kelak."
Tegas Raihan lagi.
"Saya
akan bersabar dan terima awak seadanya." Aku lafazkan janji lagi.
"Baguslah.
Jom kita jumpa ayah awak!" Raihan bingkas bangun dan sekali lagi aku
membuntuti Raihan ke ruangan tamu.
"Macam
mana?" Encik Haikal tidak sabar-sabar ingin tahu keputusan Raihan.
"Baiklah,
saya setuju nikahi Shimah. Tapi kami kenalah menyediakan dokumen yang diperlukan
dahulu. Ahad minggu depan, bolehlah kami bernikah. Apa pendapat, imam?" Pandai-pandai
sahaja Raihan berikan cadangan. Masam riak wajah Encik Haikal, terasa dia
diketepikan.
"Boleh
tu memanglah boleh. Cuma lebih afdal kita buat selepas jumaat. Dapat barakah
penghulu hari sekali nanti." Jawab tok imam.
"Saya
setujulah. Encik Haikal, ini ada cek berjumlah lima ribu ringgit. Encik
sediakanlah apa yang patut. Saya nak minta diri dulu. Nanti esok izinkan saya berjumpa
dengan Shimah untuk siapkan dokumen dan buat pemeriksaan kesihatan untuk nikah
nanti." Kata-kata Raihan buatkan Encik Haikal terpaksa bersetuju. Lagipun
tok imam juga menyokong.
"Bagus,
terima kasih Raihan," tubuh lampai Raihan didakap erat oleh Encik Haikal. Tersentuh
hati Raihan. Dapat dirasakan kasih sayang tulus oleh insan bergelar ayah.
Encik
Haikal sebak. Namun air matanya tetap disembunyikan. Kerana keegoaannya yang
melangit tinggi. Minggu depan bebannya akan berpindah tangan. Doanya agar Raihn
dapat menjaga anak gadisnya seperti mana dia jaga aku. Walaupun perancangan
pernikahan dan perkahwinan ini boleh dikirakan sebagai bidan terjun.
No comments:
Post a Comment