Thursday 9 November 2017

Jadi Juru Jual Produk

Dulu selepas hari SPM, abah tak kasi kerja kilang. Abang kata, kerjalah apapun janji bukan jadi minah kilang. Saya pun tak faham kenapa abah larang?


Akhirnya, jadi juru jual produk. Enam bulan jugalah sementara tunggu keputusan keluar. Tapi best, pasal pertama kali saya bebas terbang keluar sangkar. hiihihihi... Duduk asrama pekerja.


Awal pagi dah bangun. Berderet ambil turn mandi. Pukul 7.00 pagi dah ada briefing. Kami buat bulatan. Buat senaman, nyanyi lagu kumpulan dan ketua kumpulan akan bagi motivasi kepada kami. Pastinya untuk tegur apa yang salah dan kongsi kejayaan sebelumnya.


Kekadang tu ada buat permainan. Setiap khamis, ada macam hari keluarga. Keluar ramai-ramai satu kumpulan. Bos besar adakalanya belanja makan, karaoke, pergi MTV ataupun bersukan.


Merata saya berjalan. Dah boleh tahu jalan raya negeri-negeri terdekat dengan Melaka seperti Negeri Sembilan dan Johor. Pasal tu, sekarang saya tahu kat mana je nak pergi. Nak lari rumah pun senang. Taklah saya bergurau je.


Bagusnya saya belajar teknik bercakap dengan betul dan berani. Mula-mula dulu, payah nak tukar habit ni. Bercakap laju macam keretapi laju. Semuanya kena kerja nilah.


Lama-lama okay dah. Nanti saya update lagi pengalaman.


Sambung keje dulu. Lunch pun nak habis.

No comments:

Post a Comment