Sunday 10 December 2017

Tamatlah Perjalanan Kelas Asas Blog Penulisan

Subhanallah, segala puji bagi Allah s.w.t

Alhamdullillah, tamatlah sesi kelas ini selama sebulan.

Insya Allah, ilmu akan dimanfaatkan, semoga saya akan lebih sukses dengan penulisan ini lagi. Terima kepada Cikgu Mas yang sudi layani kerenah saya. Halalkan ilmu ye.

Alhamdulillah juga tidak terhingga kepada Siri Cerita Hantu saya selamat dilahirkan. Nampaknya sambutan menggalakkan..



Sekarang ada promosi di BookCafe. Hanya Rm31 untuk kombo. Bolehlah pm saya jika berminat. Hehehehe...

Jumpa lagi di episod akan datang...Ehe...dah macam drama bersiri lak..

NUKILAN , PF


Monday 4 December 2017

Aku Bukan Warismu - Part 2

Aku Bukan Warismu - Part 2




Dipanjat tangga kayu rumahnya dengan pantas. Manisah ke dalam biliknya dan berselubung dengan selimut. Sayangnya dia terasa sesuatu merayap seluruh tubuhnya. Manisah mula menangis teresak-esak. Sesekali mahu sahaja dia meraung ketakutan. Dia teliti apa yang meniti di lengannya tadi. Ulat-ulat dan cacing tanah sedang sibuk merayap ke seluruh badannya. Terlompat-lompat Manisah kegelian. Dilibas dan dikebas seluruh badannya.
Suara mengerang dan rengusan itu semakin kuat meliputi seluruh rumahnya.
 
“Jangan ganggu aku. Jangan kacau aku. Aku tidak ada hutang dengan kau!” Manisah jerit sekuat hatinya.
“Ibu bapa kau yang berhutang dengan aku. Aku mahukan kau sebagai penggantinya.” Suara garau dan parau itu bertempik lagi.

“Kenapa aku? Bukan aku yang berjanji dengan engkau.” Manisah beranikan diri menjerit


 
“Aku kata aku nakkan pengganti. Kau mesti jadi waris.” Manisah menjerit lagi.


“Tidakkk!!!” Suara garau dan parau itu terus menerus ketawa bersambung-sambung.
 
“Dulu bapak kau larikan diri. Sekarang dia bertapa di perkampungan bunian belakang pokok sana. Tak boleh balik ke sini lagi lepas perjanjian mereka.” Manisah menutup telinga. Dia bagaikan tidak percaya.
“Tidakkk…Bapak aku dah mati…” Manisah makin kuat bertegang urat dengan seekor makhluk hitam yang menjelma di hadapannya.
“Kau kena tipu. Mana kuburnya jika bapak kau dah mati.” Lembaga ketawa berdekah- dekah. Ada benarnya, kata-kata makhluk itu. Jika mati, mana kuburnya. Tidak pernah sekalipun dia melawat kubur ayahnya.
“Kamu syaitan direjam. Nyah kau dari sini. Sebelum aku buat kau menyesal…” Manisah mula melaungkan kalimah-kalimah suci Al-Quran yang terlintas di benak.
“Aku nak ada aqad janji dengan kau saja. Kau jadi jaga aku.” Manisah menggeleng lagi.
 
“Jangan kau mimpi. Kau syaitan dilaknat. Kau takkan terpedaya.” Makhluk itu semakin galak ketawa. Dia mendekati Manisah. Kita mata bertentangan mata, jaraknya hanya sejengkal sahaja.
“Kau degilkan. Mak kau juga akan mati! Hahahahaa…” Busuknya bau mulut makhluk itu. Sengaja dia sentuh muka Manisah dengan tangannya yang berbulu lebat. Manisah terasa bagaikan mahu terkencing ketakutan.
“Mak kau akan mati. Mati dan matiiii…” Lembaga itu ketawa semakin angkuh. Tiba-tiba ribut melanda persekitaran rumah Manisah agak kencang. Pepohon hijau yang merimbun meliuk-liuk. Desiran angin semakin kuat, angin kelihatan berpusar-pusar. Beberapa dahan pohon kedengaran jatuh menyembah bumi. Pohon ara tua itu juga tidak terkecuali beralun-alun bagaikan mahu tumbang.
 
 
 
“Mak…Mak…Baliklah mak. Jangan tinggalkan Manisah makkk…” Manisah gusar. Dia berlari pantas ke arah pokok ara itu. Merintih dan merayu.


“Mak…Mak…Baliklah. Apa semua ini mak? Tolonglah beritahu Manisah. Manisah tidak mahu janji mangsa iblis, mangsa syaitan. Apa yang mak dan ayah  janji dengan  mereka?” Manisah melutut dan terpelusuk di akar pohon ara itu.
“Mak…Tolonglah keluar dari sini mak. Manisah takut mak…” Manisah menangis dan meratap bagaikan orang gila. Orang sasau.
“Manisahh!!!” Terkejut Manisah terdengar suara jeritan itu seiringan dengan bunyi dahan pokok tumbang. Suara seperti suara Mak Itam.
Manisah mendapatkan Mak Itam yang terhempap dengan darah pokok itu. Segera Manisah mendapatkan sekujur badan itu. Dialih dan dibuang dahan itu. Manisah memapah Mak Itam balik ke rumah limasnya. Dipeluk erat dan berlumuran darah di kepalanya. Darah tidak henti-henti memancut keluar.
“Mak. Apa yang jadi sebenarnya?” Manisah meraung. Tangan menahan darah yang mengalir dengan kain yang berjaya dicapainya.
“Maafkan mak, nak. Mak dan abah hanya fikirkan keselamatan kau. Kami adakan perjanjian bunian, penjaga asal tanah kita duduk ini. Kita kena pelihara tanah ini dengan patuh kepada ajaran Islam. Sayangnya minggu lepas, ada pasangan kekasih berzina dalam semak ini. Pintu pagar yang wujud sudah terbuka.” Terkejut Manisah mendengar penjelasan Mak Itam. Mak Itam cuba juga meluahkan, walaupun nadanya lemah.
“Kawasan kampung kita ini keras, Manisah. Banyak orang buang saka sana sini. Mak dan ayah tak nak buat kerja khufarat. Saka milik arwah atuk dan nenek asyik kita sekeluarga. Minta kira mewarisi mereka.” Dada Mak Itam kelihatan turun nafas. Namun dia tetap berusaha untuk terangkan kepada Manisah.
“Penjaga tanah ini tidak akan kacau kita. Mereka sangat setia. Sebagai balasan, ayah kau kena duduk jadi penghulu dekat dunia mereka. Tak boleh balik ke dunia kita lagi. Jika ke sini, ayah kau akan gila. Hanya mak dibenarkan bertemu dengan ayah sebulan sekali ketika bulan purnama penuh.” Manisah meraung bila dengar ayah dan emak terpaksa berkorban demi keselamatannya.


“Manisah, jika mak dah sampai ajal, tolong mak uruskan sesuatu ye…” Tangan kanan Mak Itam mengusap wajah mulus anak daranya itu.
“Bungkusan daun pisang itu, ada janin anak luar nikah. Tolong kebumikan mayatnya malam ini juga walaupun ada sebarang rintangannya. Mak Itam menafas nafas lagi dalam- dalam.
“Terimalah bunian itu sebagai kawanmu. Dia akan tolong jaga kau baik-baik. Dia hanya ingin tumpang kelak di sini. Usah bertuhankan mereka, mereka baik!” Jelas Mak Itam.
“Cepat-cepat khatamkan Al-Quran sepenuhnya. Pagar kawasan ini akan terbina sendiri.” Manisah usapkan kepala dan dikucup dahi emaknya. Manisah anggukkan kepala faham arahan Mak Itam.
“Dahlah mak. Jangan bercakap lagi.” Akhirnya genggaman tangan Manisah dan emaknya terlonggar. Mak Itam sudah meninggalkan Manisah. Jadilah dia anak yatim piatu. Manisah meraung kesedihan. Namun dia pasrah, berhasrat untuk kekalkan kedamaian tempat tinggalnya.
Manisah membaringkan sekujur kaku tubuh Mak Itam dan diselimutkan jasad itu. Janin yang Mak Itam mahukan Manisah sempurnakan diambil dan ditanam di pangkal pohon ara itu. Manisah sempat melihat dia dikelilingi dengan lembaga berjubah putih. Mungkin ini bunian yang Mak Itam maksudkan. Bersyukur jasad janin itu selamat dikebumikan.
Keesokan harinya, Manisah menyempurnakan jasad Mak Itam. Manisah menyelesaikan wasiat Mak Itam agar khatam Al-Quran secepat mungkin. Dia sering tertidur dengan baju kotor Mak Itam kerana dilanda kerinduan tiada bertepian.
 
 
 
Manisah bermimpi…
 
 
 
“Kau setujulah jadi waris kami. Kami dah jaga ayah kau. Sekarang tinggal kau saja. Kau boleh belajar ilmu batin untuk tolong manusia berubat.” Manisah didatangi dengan beberapa jasad berjubah dan berserban putih. Manisah berfikir sejenak.


“Aku tak nak warisi apa-apa daripada bangsamu. Aku nak kekal aman sendirian. Kaum kerabat kau boleh duduk di sini tanpa ganggu akukan.” Mereka berpandangan di antara satu sama lain. Wajah mereka tidak jelas.


“Cukuplah kau dah ambil ayah aku. Izinkan aku hidup aman di sini. Kau jaga sahaja hak kau. Aku tak bantah.” Manisah bertegas.


“Baiklah aku tak boleh paksa. Jika kau tak mahu jadi waris kami, tidak mungkin kami benarkan kau jumpa ayah kau lagi. Kau kena sedia berpisah dengan ayah sepenuhnya.” Manisah terangguk-angguk.


“Jika itu pengorbanan untuk kebahagiaan aku dan keturunanku, inilah keputusan muktamadku.” Manisah terjaga daripada lenanya. Tidak sangka dia berbincang dengan makhluk itu dalam mimpinya. Mujur dia tidak berhutang apa-apa lagi.


 


 


Kini Manisah bebas daripada gangguan makhluk-makhluk itu. Dia juga merantau jauh ikut saudara mara yang sudi menjaganya. Tidak lagi Manisah kembali ke tanah pusakanya itu. Dia juga tidak diganggu. Damailah emak dan ayah di sana. Izinkan Manisah berjaya dunia dan akhirat tanpa tercemar dengan perkara-perkara khurafat.


Percaya pada kekuasaan Allah tidak akan buatkan kita patah semangat. Mengejar nikmat dunia perlu seiring dengan akhirat. Percaya kepada alam ghaib tidak ada masalah. Mereka juga ada keistimewaan dan kenakalan sendiri. Kita perlu tabah berhadapan dengan mereka. Jangan mangsa walaupun nyawa berada di hujung tanduk sekalipun.


  


TAMAT