Maaf lama PF tak bersiaran. Maklumlah cuti sekolah. Segala tenaga tertumpu kepada anak-anak yang sedang berjimba cuti sekolah.
Lagipun PF kurang sihat. FB pun jarang jenguk. Setakat like atau ke dua status, lepas itu tutup.
Alhamdullillah, PF Berjaya siapkan cerpen bertajuk MISTERI BAWAH TANAH untuk antologi terbaharu genre seram PUAKA STOR SUKAN. Moga lulus penilaian kelak.
5 hari lepas tamatlah, Kem Solat yang disertai oleh An-Nur Firdhaus dan An-Nur Firzanah. Alhamdullillah, ada perubahan yang baik.
Seminggu lepas juga meluangkan banyak masa bersama-sama dua lagi anak kecil PF, An-Nur Firjani dan An-Nur Firuz Nafiz tentunya mereka lebih berlemak dan manja. Sungguh menguji kesabaran apabila melayani kerenah si kecil hampir 4 tahun dan hampir 6 tahun.
Pastinya setiap karektor anak-anak tidak akan sama. Masing-masing punyai kelebihan dan kekurangan. Menikmati zaman anak-anak mereka sebaiknya pasti akan buatkan kita merindui saat ini nanti.
Semoga mereka jadi anak2 yang soleh dan solehah.
Nukilan,
PF
No comments:
Post a Comment