Monday 27 November 2017

Indahnya Yang Bernama Cinta

Tajuk: Indahnya yang bernama cinta



Cinta boleh jatuh kepada sesiapa,
Cinta boleh dirasa tak kira di mana,
Cinta boleh buat orang bahagia
Cinta boleh buat orang merana.

Cinta pada Tuhan, cinta abadi,
Cinta pada alam, berikan rezeki,
Cinta pada manusia, berikan zuriat,
Cinta pada haiwan, berikan makanan.

Cinta itu indah,
Cinta bisa buat diri resah,
Cinta buat diri parah,
Cinta kadangkala buat diri pasrah.

Cinta insan berlandas syariat,
Cinta terikat dengan lafaz halal.
Cinta dunia bawa ke akhirat,
Moga cinta jadi ibadah untuk ke syurga

Nukilan,
Dhaza nina a.k.a. Pn. FAKARINA

Sulitkah Untuk Bahagia ~ Bab 3

Bab 3 ~ Konflik

Jam dinding sudah berdetik sekali, menandakan pukul satu pagi. Lebai Syakir masih tidak mengantuk. Dia tetap setia di ruang tamu sambil membaca tafsir Al-Quran. Sesekali dia menjenguk ke luar rumah. Mata asyik tertumpu ke pintu pagar utamanya.

“Mana pulak budak-budak ni? Tak balik-balik lagi. Risau aku dibuatnya!” Lebai Syakir meletakkan buku di atas kerusi. Dia mulai mundar-mandir di ruangan tamu itu.

Pintu pagar terbuka. Kelibat kereta Ain kelihatan memasuki ke perkarangan garaj rumahnya. Lebai Syakir melulu ke pintu utama. Wajahnya hampa apabila melihat susuk tubuh Nasseer sahaja yang keluar.

“Kak Ain, mana Seer?” Lebai Syakir terus menerjah Nasseer dengan soalan sebelum anak lelaki tunggalnya itu sempat memberi salam.

“Dia dengan Abang Zaf. Abang Zaf ajak dia minum dulu kut!” Nasseer cuba memberikan alasan yang logik kepada ayahnya. Takkan dia hendak beritahu ayahnya yang Ain sedang elok lolok dengan pil khayal.

“Nak minta apa lagi, kan dah tengah malam ni,” Lebai Syakir membebel.

“Alah, tak payahlah abang susah-susahkan diri, nak tunggu dia. Baik abang berehat. Abangpun bukannya sihat sangat. Pandai dia keluar, pandai-pandailah dia cari jalan balik.” Sindir Puan Samsina. Lebai Syakir hanya menghela nafas panjang. Sememangnya, isterinya itu tidak sebulu langsung dengan Ain.

“Aku risaukan Ain. Dah tengah malam ni, tak balik-balik lagi. Seer saja yang sampai. Zaf pula, entah ke mana mereka melencong. Bukannya aku tak suruh mereka terus balik ke rumah lepas jumpa Ain.” Bebel Lebai Syakir makin panjang.

“Ayah, Seer masuk tidur dulu. Esok ada kelas!” Nasseer segera bersalaman dengan kedua orang tuanya. Baik dia mengelak sebelum dia juga terbabit dalam ceramah tidak bertajuk itu. Sekejap sahaja, Nasseer hilangkan diri masuk ke dalam bilik tidurnya.

“Saya nikan dah puas pekakkan telinga. Orang perempuan dekat masjid tu, asyik mengata dan mengumpat Ain je. Cakap Ain cuba goda laki merekalah. Dan macam-macam lagi. Saya risau nanti abang dapat menantu sebaya dengan usia abang je!” Puan Samsina sengaja mengapi-apikan perasaan Lebai Syakir.

“Kau ada bukti si Ain tu goda laki diorang? Ada ke?” Soalan Lebai Syakir itu membuatkan Puan Samsina menarik muka masam. Isterinya menghempaskan punggung ke sofa empuk.

“Kalau laki diorang tak kena goda, saya takut laki saya yang kena goda nanti!” Puan Samsina menyakitkan hati suaminya. Memang ada juga terpalit rasa resah dalam hatinya. Lebai Syakir dan Ain, kan sah jika berkahwin.

“Mulut kau tu jaga sikit. Karang cili kisar dalam peti sejuk tu yang aku lumurkan kat mulut kau nanti,” Lebai Syakir mengurut dadanya. Geram pula si isteri asyik mengapi-apikan perasaannya sejak tadi. 

“Saya tersalah cakap ke Abang Lebai? Abang dan dia, terbatal wuduk tau. Dia bukan anak susuan abang. Abang Lebai sendiri cakap dengan saya, Murni tak berjaya susukan Ain. Entah dari keturunan mana abang pungut dia, Sam tak tahu. Perangai dia jauh panggang dari api. Kita tak pernah didik dia jadi macam tu!” Bebel Puan Samsina.

“Kau jangan nak kusutkan kepala aku, Sam!” Lebai Syakir sudah mula memicit-micit dahinya. Ada isteripun bukan hendak meringankan bebannya. Ditambahkan tuba lagi adalah.

“Cuba tengok anak kita, Nasseer tu. Elok saja akhlaknya. Ikut jejak langkah abang. Ain, terus hanyut ke Laut China Selatan. Terdedah sana sini. Malu saya, bang!” Kata-kata Puan Samsina terus terhenti seketika.

‘Hendak dijaga anak perempuan seorang, mengalahkan menjaga seratus orang.’ Gumam Lebai Syakir dalam hati.

 “Hah, baguslah. Sekarang Ain dan Zaf pula berdua-duaan. Sorang teruna, sorang lagi anak dara. Entahkan dara ke tidak agaknya. Dah tengah malam-malam tak balik lagi. Dalam kereta bolehlah meraba-raba agaknya.”  Mencemik muka Puan Samsina.

“Sam, jaga sikit mulut kau tu!” Berang Lebai Syakir mendengar Puan Samsina terus-terusan menghina dan menfitnah Ain. Dalam hati Lebai Syakir, berdoa janganlah perkara yang disebut-sebut isterinya jadi kenyataan. Mana dia hendak letak muka nanti. Malu dengan orang sekeliling.

“Tak boleh kita sentuh sikit pasal anak kesayangan dia tu. Mesti nak melenting. Rupa dah sama macam sakai agaknya. Memanglah tak berani terus jejakkan kaki ke rumah. Dah puas agaknya terkinja-kinja dekat kelab malam tu. Berkawan dengan setankan.” Puan Samsina masih berdegil tidak mahu berdiam diri. Memang hasratnya untuk memastikan Ain diusir keluar. Jika berjaya disingkirkan segera, lagi bagus. Aman damai hidupnya kelak.

Mata Lebai Syakir cerlung merenung wajah isterinya. Dia tahu Ain tidak sejahat itu. Mungkin gadis itu memberontak dan salah pilih tempat untuk melepaskan tekanannya. Salah satu tekanan datang dari isterinya juga. Dia beristifar banyak-banyak. Pohon kesabaran dari Yang Maha Esa.

“Betul apa saya cakap. Ain tu mana pernah jadi orang! Entah dari mana abang pungut. Sudahlah kita berikan makan, minum, tempat tinggal dan pelajaran. Masih tak sedarkan diri tu menumpang! Tak reti berterima kasih,” Cemuh Puan Samsina lagi.

“Sudah, aku cakap sudah Sam!” Tengking Lebai Syakir.

“Sedap mulut kau mengata dia macam tu! Dia tetap ada pertalian darah dengan aku. Kalau kau hina Ain, samalah macam kau menghina suami kau jugak. Faham tu!” Tegas Lebai Syakir.

Kali ini barulah, Puan Samsina terus terdiam. Segalanya sudah dihamburkan keluar. Bertegang urat pasal Ain, memang dia tidakkan menang. Selalu kekalahan mandatori yang dimilikinya.

Lebai Syakir mengambil Ain sebagai anak angkat sejak gadis itu berusia empat puluh hari lagi. Fatimah, ibu kandung Ain sendiri yang menyerahkan kepada Lebai Syakir dan arwah isterinya, Murni. Sebelum itu, Murni mengalami beberapa kali keguguran. Peluang untuk Murni mengandung zuriat Lebai Syakir agak tipis kerana ada komplikasi di dalam rahim. Rahim Murni agak lemah untuk memegang benih Lebai Syakir.

“Abang, kita ambil anak angkat ye. Timah nak serahkan anak bongsu dia pada kita.” Pujuk Murni sungguh-sungguh.

“Awak tak kisah ke pelihara anak orang lain?” Tanya Lebai Syakir dan Murni mengangguk tanda tidak kisah.

“Sayakan tak boleh bagi abang zuriat. Sekurang-kurangnya kalau saya mati, anak tu ada jadi peneman abang.” Sebak dada Lebai Syakir mendengar pengakuan Murni.

Ain, anak bongsu daripada enam orang adik beradik. Kesempitan hidup, memaksa mereka berenam dipisahkan di antara satu sama lain. Sifat tidak bertanggung jawab Osman, ayah kandung Ain, sanggup menggadaikan darah daging sendiri dengan sejumlah wang ringgit. Anak-anak yang lain diserahkan kepada orang-orang berada.

Namun, Fatimah bertindak pantas. Dia tidak mahu Ain yang baru menjenguk dunia jadi mangsa suaminya lagi.

“Timah harap sangat Murni dan Syakir dapat jaga Ain baik-baik. Didik Ain macam anak sendiri!” Mengalir air mata Fatimah ketika menyerahkan zuriat yang dilahirkannya itu.

“Jangan risau. Kami janji akan didik dia ilmu dunia dan akhirat. Dia bakal jadi satu-satunya pengarang jantung dan belaian jiwa kami nanti.” Pipi Ain yang masih bayi dicium dengan penuh kasih sayang.

“Janganlah bersedih, Timah. Kami takkan sia-siakan anak kau ni. Percayalah.” Lebai Syakir meyakinkan Fatimah. Bahu Fatimah masih terhinjut-hinjut menahan sebak. Proses berpantang baru saja selesai. Kini dia terpaksa terima hakikat berpisah dengan zuriat sendiri demi masa depan Ain yang lebih cerah.

“Doktor dah sahkan penyakit aku makin kronik. Aku menanti hari bertemu Ilahi je. Nak berubat mahal-mahal, aku tak mampu. Nasib anak-anak aku yang lain pun, aku tak pasti. Harapkan Osman, faham-faham sajalah.” Fatimah meluahkan rasanya kepada Murni dan Lebai Syakir. Jatuh simpati sungguh pada wanita tabah itu.

“Bersabarlah Timah. Mungkin ini sudah bahagian kau. Bahagian kami belum tahu lagi.” Murni masih memujuk dan menenangkan Fatimah. Teresak-esak Fatimah menangis. Lebai Syakir juga hanya memerhatikan sahaja. Tersentuh juga jiwa lelakinya.

 “Walau apapun terjadi, jangan serahkan kembali Ain pada Osman. Janji dengan aku.” Fatimah menggenggam erat jari jemari Murni.

 “Jangan risau. Kami sudah pun sediakan segala dokumen untuk mendaftar pengambilan anak angkat. Sekejap lagi, kami dan Osman akan ke pesuruhjaya sumpah dan tanda tangani surat persetujuan pengambilan anak angkat. Nanti kami akan daftarkan terus kepada Jabatan Pendaftaran. Senang untuk urusan kelak, tidak perlu libatkan Osman jika apa-apa terjadi pada kau. Lainlah masa nak nikahkan Ain nanti. Suka atau tak suka, kami tetap kena carikan Osman untuk walikan Ain.” Lebai Syakir meyakinkan Fatimah.

 “Percayalah, Timah. Nasib Ain nanti akan lebih baik dan lebih sempurna bersama-sama kami.” Murni dan Fatimah berpelukkan. Fatimah hanya mampu mengiring Ain dengan doa dan harapannya. Doanya semoga mereka  berdua bakal bertemu semula di syurga kelak.

“Terima kasih, Murni. Terima kasih, Syakir. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian. Didiklah dia jadi wanita yang solehah. Aku izinkan kalau korang perlu pukul dan marah dia atas sebab untuk mendidik.”

Sejujurnya, Ain ditatang bagaikan minyak yang penuh. Setiap kehendaknya, tidak pernah dihampakan. Ain disekolahkan di sekolah kerajaan beraliran agama. Malah sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda pun, dia belajar di universiti beraliran agama juga.

Dulu penampilan Ain tidak seperti sekarang. Elok sahaja menutup aurat dengan sempurna. Bertudung labuh dan menjaga pergaulan. Sebaik menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan, penampilan Ain terus berubah 360°. Dapat lagi, bidang yang diceburi adalah pemasaran hartanah. Ain mula terdedah sana sini. Baju kurung dan tubuh labuhnya sudah dijadikan alas kaki sahaja.

Naik pekak sudah telinga Lebai Syakir dan Puan Samsina mendengar cacian masyarakat sekeliling. Sudah kering rasanya tangki air liur, mereka berdua bebelkan Ain. Gadis itu masih berkeras hati. Katanya, biar masa yang menentukan ataupun paling tidak pun tunggu dia berlaki.

“Ayah, biarlah orang nak cakap apa. Asalkan Ain tahu jaga maruah sendiri.”

“Perempuan kalau tahu jaga maruah, dia akan tutup aurat. Bukan mengenakan pakaian tidak cukup kain macam ni!” Tegas Lebai Syakir.

“Ayah, ini fesyen. Tak tutup aurat, tak bermakna Ain tak solat. Ain masuk kelab malam, tak bermakna Ain minum arak. Siapa kita nak tentukan hukum? Itu semua kerja Allah s.w.t.” Sesak dada Lebai Syakir berbalah dengan Ain. Ada saja jawapannya.

“Ain pakai macam ni pun sebab tuntutan kerja Ain sebagai pegawai pemasaran. Pelanggan-pelanggan Ain semuanya daripada golongan atasan, ternama dan berbilang bangsa. Ada yang berpangkat Dato’, Tan Sri, anak VVIP dan ramai lagilah. Mereka ni semuanya berminda terbukalah, ayah.” Terang Ain bersungguh-sungguh.

“Tapi dalam Islam, tindakan tidak menghalalkan cara. Ain faham tak!” Lebai Syakir masih tidak putus asa menasihati Ain.

“Ain faham, ayah. Ain dah mengaji dah semua tu!” 

“Habis tu. Kenapa Ain nak malukan ayah? Ayah tidak daya lagi nak dengar jiran-jiran mengata. Anak imam berpakaian macam perempuan jalang.”

“Biarlah apa orang nak cakap. Mereka tak bagi kita makanlah, ayah. Masa ayah terlantar dekat hospital dulu, berapa kerat orang-orang yang mengata datang menjenguk ayah. Tolong jaga ayah dekat hospital?” Memang tidak dinafikan Ain yang rajinkan tangan dan tenaga menjaga dia tanpa sebarang rungutan.

“Semuanya Ainkan yang buat. Bukan Ain nak mengungkit kebaikan yang Ain buat. Nak harapkan bini ayah tu, pandai cakap saja.”

Dalam diam memang Lebai Syakir akui, Ain memang anak yang bertanggung jawab. Ain memang pemurah. Tidak pernah lokek hulurkan wang ringgit. Sedangkan dia yang menanggung perbelanjaan kolej Nasseer. Langsung tidak mahu Nasseer terbeban dengan hutang PTPTN.

“Jangan dihina Mak Sam. Macam mana pun dia tetap isteri ayah yang sah dan ibu kandung kepada Nasseer.” Berkaca-kaca mata Lebai Syakir dibuatnya. Sesekali Ain bersuara memang agak bisa dan jujur.

“Ain tak hina Mak Sam, ayah. Ain tahu Ain cuma menumpang dalam rumah ayah. Sebab tu, Ain sibukkan diri dengan kerja dan jarang lekat di rumah. Ain cuma tumpang tidur saja. Itupun pasal hormatkan ayah tak kasih Ain menyewa di luar selagi Ain tak kahwinkan. Ain nak elakkan fitnah dan tak mahu jadi bahan fitnah. Ain sedarlah, ayah dan Ain sah jika bernikah!” Lebai Syakir termati kata-kata.

Lebai Syakir tidak sangka, itu antara punca Ain tidak lekat dekat rumah. Ain memang mentaati Lebai Syakir yang tidak benarkan dia tinggal berasingan kerana wasiat arwah isterinya, Murni.

“Ayah jangan risau. Bila Ain dah bertemu dengan jodoh yang baik. Ain sendiri yang akan keluar rumah ayah dengan cara baik. Ayah doa-doakan Ain bertemu jodoh cepat ye!”

Penjara Kasihku~Bab 3

Penjara Kasihku ~ Bab 3

"Papa… “ Amir bersalaman dengan Dato’ Mansor.

“Dah sihat ke?” Dikucupnya dahi lelaki separuh umur itu.

“Papa dah makan ubat?" Belum sempat Dato’ Mansor menjawab soalan tadi, Amir hujani dia dengan soalan lain lagi. Dato’ Mansor mengangguk dan tersenyum.

"Alhamdullillah, papa semakin sihat. Tengoklah sapa jururawat papa. Terbaik punya!" Sempat Dato’ Mansor mengusik sambil menunjukkan gaya tangan bagus kepada Datin Masyitah. Tergelak sakan, tiga beranak itu. Lega Amir bila melihat papanya kembali ceria dan bertenaga. Dia sering berdoa agar papanya cepat sembuh.

"Papa, Am ada hal nak cakap ni?" Amir mula mengurut lembut bahu Dato' Mansor. Gaya seperti membodek nampaknya.

"Tanya jelah! Sejak bila pula nak kena minta izin ni," sampuk mamanya. Memang dia terperasan sejak balik pejabat tadi, Amir banyak menyelamun.

"Am rasa Am dah sedia nak ambil alih pentadbiran dan pengurusan hotel kita sepenuhnya!” Kata-kata Amir terhenti, apabila cerlung ibu bapanya merenung ke wajahnya.

"Jadi?” Tegas papanya pendek.

Nampaknya jerat mereka mengena juga. Memang dah lama mereka berdua tunggu Amir buka mulut bertanyakan sendiri hal ini. Sengaja ditangguh-tangguhkan peralihan kuasa itu. 

“Bila papa dan mama nak bagi hak Am?” Sunyi seketika suasana di situ. Bagaikan malaikat lalu. Tinggal bunyi-bunyian desiran pepohonan hijau di sekitar Vila Desa saja mereka dengari.

Hendak buka mulut lagi Amir tak berani. Amir tertunduk ke tanah, sabar menanti balasan ibu bapanya buka mulut.

"Am tak layak lagi nak ambil alih!”

Melopong mulut Amir mendengar respons negatif papanya itu.

"Mana tak adil, papa. Am dah buktikan kemampuan Amkan. Apa lagi yang tak cukup ni?” Amir meluahkan perasan tak puas hatinya. Cuba dikawal nada suaranya agak tidak tinggi.

"Kahwin!” Ibu bapa menegaskannya serentak.

Bagaikan halilintar, menikam ke dalam sanubari Amir. Tidak terlintas pun persoalan ‘kahwin’ yang mendorong mereka berdua tangguh-tangguhkan pemindahan hak milik hotel itu.
“Kenapa dengan kahwin? Am tak faham!” Amir mahukan penjelasan.

“Umur Am dah berapa sekarang? Masih tak nak fikirkan masa depan dan kebahagiaan Am sendiri. Am wajib kahwin dan baharulah harta benda, kami akan diwarisi kepada Am."

"Lawaklah, papa ni! Macam mana Am nak kahwin sedangkan calonnya pun Am tak ada?” Amir tergelak mendengar kata-kata papanya.

Sejak dikecewakan, persoalan kahwin jatuh perkara terakhir dalam hidupnya. Fokusnya hanya tertumpu pada kebajikan ibu bapanya dan Rangkaian Hotel M&M semata-mata. Hotel berkonsepkan Islamik dan halal pertama di Malaysia. Ada lebih 40 cawangan seluruh Malaysia termasuklah Sarawak, Sabah, Brunei dan Dubai.

“Am dah dewasa. Am berhak bahagia. Am kena beri peluang kedua pada diri sendiri. Mulakan hidup baharu, kahwin dan kecapi kebahagiaan seperti orang lain!” Ujar Dato’ Mansor.

“Am lebih selesa dan bahagia sekarang. Kahwin dah tak penting lagi dalam hidup Am. Ada papa dan mama dalam hidup pun dah cukup berikan kebahagianan!” Tegas Amir sambil tertunduk. Dia alihkan pandangan melihat emut-semut hitam yang melintas di hadapannya.

“Apa buktinya Am bahagia? Kita manusia. Dah ditetapkan hidup berpasang-pasangan dan Am tidak boleh menidakkannya. Siapa kita nak lawan fitrah kehidupan?”
Amir mengeluh. Memang diakui, kata-kata papanya memang ada kebenaran.

“Sungguh, tak terlintas hal kahwin ni. Maknanya kalau Am tak kahwin, sampai bila-bilalah Am tak dapat warisi harta benda mama dan papa. Gitu?” Amir masih tidak berpuas hati.

"Yup, kami anggap saja Am tidak berminat!”

“Mana boleh buat Am begini! Tak adil untuk Am! Masa depan Am!" Amir protes.

"Kenapa tak boleh? Itu hak kami, harta kami. Permintaan papa dan mama, nak tengok Am sempurnakan kehidupan Am dulu. Kahwin, punyai zuriat dan teruskan pewarisan hotel kita.” Tegas papa lagi.

“Kami dah buat keputusan Am, Am tak kahwin tak ada harta untuk Am. Kalau Am masih berdegil, kami rela wakafkan harta benda kami kepada Baitulmal dan anak-anak yatim. Dapat juga kami saham akhirat. Pandai-pandailah Am nak hidup bila kami tiada lagi nanti!” Dato’ Mansor begitu bertegas. Amir pandang ke wajah Datin Masyitah, namun mamanya hanya berdiam diri.

“Macamana nak kahwin, Am memang tak ada calon!” Sesak dada dibuatnya. Memang dia tak pernah hidup susah. Permintaan mendadak ibu bapanya buatkan dia terjerat kali ini.

“Keputusan muktamad. Am mesti kahwin, hidup bahagia dan warisi harta kami. Mudahkan!” Tegas Dato’ Mansor.

Amir menarik nafas dalam-dalam. Fikirannya terlalu tepu, dipandang wajah ibu bapanya silih berganti. Memang Dato’ Mansor, bila hitam katanya, maka hitamlah. Papanya itu takkan beralah. Ketegasan papanya memang tidak boleh disangkal lagi.

“Am, fikir baik-baik dan pertimbangkan. Jangan jadi hipokrit. Fikirkan masa depan Am!" Dato’ Mansor sengaja menekan hasratnya. Namun kali ini nadanya tidak sekeras tadi. Dia tidak mahu Amir Mazlan terus hanyut dalam dunia ciptaannya sendiri. Hidup dalam kesunyian dan sepi, namun degil menafikannya.

"Baiklah. Nanti kita bincang lagi okay!” Amir cium tangan ibu bapanya. Dia mahu segera angkat kaki. Panas punggungnya, duduk lama-lama di situ.

“Amir Mazlan!” Amir terus menoleh bila terdengar namanya dipanggil.

“Jangan lama sangat. Peguam papa dah nasihatkan papa selesai hal wasiat harta ni cepat. Papa pun semakin uzur. Selagi papa bernyawa segala urusan lebih mudah. Jika papa dah mati, susah! Banyak isu bakal timbul. Am kena ingat, ramai yang sudah mengintai potensi hotel kita untuk dibeli.”

“Am faham.” Amir berlari masuk ke perut rumah dan menghilang dari pandangan mereka berdua. 

“Abang, tak tengok ke Am tertekan sangat tu? Keras sangat ke kita dengan dia?” Datin Masyitah serba salah.

“Abang yakin kita akan berjaya kali ini?” Tanya Datin Masyitah lagi.

“Yakin 200%. Harta, mustahil dia tak nak. Anak tunggal awak, pernah ke hidup susah?” Dato’ Mansor meyakinkan isterinya.

“Dia dah matang. Tahu menilai buruk dan baiknya. Kita sebagai ibu bapa, doakan yang baik-baik saja. Kita dah bagi jalan, tepuk dada tanyalah hati.”

“Baiklah abang. Saya ikut je mana yang baik.” Datin Masyitah mengalah.
Mereka terus menikmati keindahan suasana petang sementara menantikan matahari terbenam dan azan Maghrib berkumandangan.

Antologi Ibu


Tajuk Cerpen : Kasih Ibu Tiada Penghujungnya.

Sudah lebih setahun usia antologi ini.

Menyertainya secara tidak sengaja, meluahkan rasa seorang ibu yang sayangnya tidak bertepian.

Moga bermanfaat.

Jika ada yang berminat, ada hujung2 stok lagi dengan saya. Dengan harga istimewa. Boleh komen nanti untuk memilikinya

Sunday 26 November 2017

Penjara Kasihku ~ Bab 2

Penjara Kasihku ~ Bab 2

Tiba saja di halaman Vila Desa, Amir rasa cukup tenang dan santai. Kehijauan persekitaran kampung dan udara segar nyaman, memang bagus untuk kesihatan papanya. Amir tersenyum. Sempat dia regangkan badannya seketika, sebelum melangkah keluar dari keretanya.

Hatinya semakin berdebar-debar. Amir menadah tangan. Berdoa apa yang terlintas di benaknya. Dihembus ke kiri dan kanan. Meniup semangat buat dirinya sendiri. Tangannya pantas mencapai beg galas dan beg kerjanya, sebelum  melangkah masuk ke dalam Vila Desa.

“Assalamualaikum…” Pintu utama Vila Desa dikuak luas. Kasut Pierre Cardin kegemarannya ditanggalkan. Terus disusun rapi di dalam rak kasut berhampiran dengan pintu utama vila itu.

‘Sunyi je? Mana semua orang?’ Desis hati Amir. Tali leher dilonggarkan sedikit. Tentunya lemas, seharian tercekik.

Amir menapak lesu. Sofa empuk di hadapannya seolah-olah memanggil-manggil. Apa yang dijinjingnya tadi, segera dilemparkan bersama di sebelahnya. Berjaya meluruskan pinggang di atas sofa empuk itu, terasa nikmatnya. Mata dipejamkan seketika sambil tangan diletakkan ke dahi.

“Waalaikummussalam.” Datin Masyitah jalan berlenggang sambil membetulkan lengan baju yang dilipat ke siku tadi. Dia bergegas ke ruang tamu apabila sayup-sayup kedengaran suara anak tunggalnya balik kerja dari ceruk dapur.

“Mama…” Terdengar suara mamanya, Amir segera membuka matanya dan bangkit mendakap tubuh mamanya. Bibir mungil Datin Masyitah tersenyum manis. Bersimpati melihat Amir agak keletihan.

"Am, baru balik sayang." Amir mengangguk manja. Tangan kanan Datin Masyitah dikucup lembut. Diraih sekali lagi tubuh mamanya dalam dakapan.

“Nak minum,” tanya Datin Masyitah.

“Nak tapi nanti Am ambil sendiri.” Sekarang pipi gebu wanita itu pula jadi mangsa Amir.
‘Cantiknya!’ Amir memuji kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Datin Masyitah. Sungguh, Amir sentiasa bercita-cita tinggi mendambakan bakal isterinya seorang wanita sesempurna mamanya.

“Fesyen baru ke mama?” Amir mengelilingi tubuh mamanya dan mula membuat penilaian.
Datin Masyitah tergelak bahagia. Amir amat jujur dengan kata hatinya dan agak teliti. Cukup prihatin. Sedikit perubahan padanya tidak pernah terlepas daripada pandangan jejaka itu.

“Maklumlah, isteri solehah!” Puan Masyitah berteka-teki. Tergelak Amir dibuatnya. Fahamlah apa maksud tersirat mamanya.

“Papa tu, mimpi apa pun mama tak tahu? Tiba-tiba suruh mama ubah stail. Mama ikutkan aje. Papa yang melaburkan, mama tolong belanjakan je!”

“Cantiklah, mama. Sesuai sangat. Nyaris-nyaris Am ingat papa ada bini nombor dua tadi!” 
Bahu anak tunggalnya ditampar manja.

“Mengada-ngada! Bodeklah tu.”

Amir menyeringai menahan kesakitan. Boleh tahan juga penampar Datin Masyitah tadi. Perkara paling klise, wanita dan madu. Mahu bersilat mereka mendengarnya. Datin Masyitah masih awet muda walaupun usianya menginjak setengah abad.

“Lewat balik hari ini?” Datin Masyitah mengubah topik. Amir sambut dengan keluhan. 

“Keluar ofis dah awal tapi sampai rumahnya lambat. Ada kemalangan ngeri kat depan sana tadi. Ada lori terbalik.  Tu yang jalan sesak!”  Kali ini, tali leher dilucutkan terus. Amir memang lemas berkot dan bertali leher. Etika kerjakan, terpaksalah dipatuhi. Imej kena dijaga. Jika tidak, bising Dato' Mansor nanti. Amir mengekori mamanya ke dapur.

"Lagipun Am memang tengah sibuk. Alhamdulillah, kita dapat banyak tempahan. Sampai tak menang tangan dibuatnya. Boleh dikatakan, semua cawangan kita fully booked hingga pertengahan tahun depan.”

Datin Masyitah bersyukur Amir mulai fokus kepada kerjanya. Tanda-tanda positif Amir kembali bangkit daripada kelukaan silam. Amir memang warisi bakat ibu bapanya. Jika tidak masakan Rangkaian Hotel M&M kekal unggul sebagai hotel bercirikan Islamik sejak 20 tahun dulu.

“Apa kata Am pinta papa bagi pembantu, dalam dua ke tiga orang ke untuk bantu Am?” Cadang Puan Masyitah.

Amir menggeleng laju. Sempat dia meneguk segelas jus oren yang baru digapainya tadi dalam peti sejuk sebelum jawab cadangan mamanya.

“Tak berani Am, mama. Buatnya papa ceramahkan Am, cair tahi telinga ni tau.”
 Tergelak lepas Datin Masyitah dibuatnya.

“Papa susah nak percayakan orang luar. Mama pun tahukan! Am tak rasa tu idea yang terbaik buat masa sekarang. Lagipun Am kena buktikan pada papa yang Am mampu uruskan hotel kita dengan baik.” Amir amat patuh dengan ketegasan suaminya. Sekali imbas, sikap yang dimiliki Amir sekarang, juga diwarisi sepenuhnya daripada Dato’ Mansor.

“Terpulanglah pada Am. Mama cadangkan je.”

Amir mencium pipi gebu milik mamanya sekali lagi.

“Tak apalah mama. Biasalah penat sikit-sikit. Amkan muda lagi. Mama, jangan risau ye. Haryati dan Nadiakan ada, bantu Am!”

Amir lebih selesa berkongsi segala cerita dengan Puan Masyitah. Jika dengan Dato’ Mansor, Amir tak ubah persis burung belatuk. Langsung tidak berani membantah. Memang Amir cukup menghormati ketua keluarganya itu.

“Lega sikit mama kalau Am cakap begitu. Lambat-laun hotel tu tetap jadi hak milik Am jugakan.  Tak salah, jika Am bekerja keras mulai sekarang.” Bahu Amir ditepuk-tepuk lembut. Memujuk anak kesayangannya.

“Maafkan mama tak sempat membantu ye. Mana nak jaga papa, ulang-alik ke hospital untuk teruskan rawatan papa lagi. Yayasan M&M pun perlukan perhatian. Hal ehwal hotel, dapat jeling-jeling je!” 

“Am faham. Mama kena tumpukan pada papa. Hotel biar Am uruskan sepenuhnya.” Lagipun memang tanggung jawab seorang isteri lebih tertumpu kepada suaminya dahulukan.

“Papa dah patut pencen. Serahkan pada Am buat semua tapi nak buat macam manakan!”  Amir mengeluh dan cuba melahirkan rasa terkilannya.

Suka atau tidak, Amir tetap di tangga ketiga senarai orang penting dalam Rangkaian Hotel M&M. Papa dan mama masih kekal sebagai pemegang saham terbesar. Cuma Datin Masyitah lebih sibuk menguruskan Yayasan M&M yang dinaunginya.

Memang ada rasa kecil hati dengan Dato’ Mansor. Papanya masih belum ada tanda-tanda untuk serahkan kuasa sepenuhnya kepada Amir. Berjawatan CEO tapi masih makan gaji dengan syarikat keluarga sendiri. Amir mendambakan penghormatan yang lebih baik. Entah apa yang mengekang Dato’ Mansor, Amir tidak pasti.

"Kami nak minum petang kat taman. Jom sekali!” Suara Datin Masyitah tadi, menyedarkan Amir daripada lamunan. Dia segera mengangguk tanda setuju.

“Am nak solat Asar kejap. Nanti Am datang semula ye, mama.” Pantas Amir berlalu ke dalam bilik bersama-sama barang peribadinya tadi.

Datin Masyitah menatang dulang minuman petang ke taman. Sekejap lagi boleh dijemput suaminya ke taman pula. Memang aktiviti rutin mereka bersekeluarga bersantai di situ setiap petang.

Penjara Kasihku ~Bab 1

Penjara Kasihku ~ Bab 1

Fuhh, lega!” Amir menghempaskan badannya. Terus bersandar di kerusi empuk itu. Haryati tumpang tersenyum juga.

“Tahniah, Haryati. Good job!” Berhari-hari, mereka berhempas pulas menyiapkan kertas kerja untuk mempromosikan Rangkaian Hotel M&M di Dubai. Akhirnya siap juga. Melalui perbincangan di atas talian,  Amir mendapat pujian dari pihak sana. Haryati ligat mengemas dokumen-dokumen penting yang bersepah di atas meja bosnya itu.

“Saya bangga dengan tuan dapat yakinkan pelanggan kita di Dubai tu. Banyak lagi saya kena belajar nampaknya.” Haryati berbahasa sambil merendahkan dirinya.

“Bukan awak. Tapi saya yang kena banyak belajar. Tanpa awak, pengsan saya. Okaylah, saya dah penat. Saya balik dulu,” laju saja Amir melemparkan apa yang perlu ke dalam beg kerjanya.

“Eh, awalnya tuan?” Sengaja menduga bosnya. 

“Kenapa tak boleh? Saya ke bos atau awak boleh?” Amir menduga Haryati kembali.

“Tentulah tuan. Saya kuli je,” tersengih-sengih Haryati dibuatnya. Bergurau pula singa lapar ni.

“Papakan tak sihat dan saya nak luangkan lebih masa dengan dia. Kerja banyak dah selesai, jadi saya nak off beberapa hari. Saya buat kerja dari vila je. Ada hal penting, macam biasalah. Whatapps dan e-mel. Okay, Haryati. Tolong jagakan ofis. Apa-apa roger saya, okay!”

“Baik, Tuan Amir. Ada apa-apa lagi?”

“Oh ya, jangan lupa hidupkan alarm sebelum awak tinggalkan bilik ni. Jangan lalai!”

“Faham, tuan.”

Amir bingkas ke pintu biliknya. Haryati mengiringi Amir seperti selalu. Bak kata orang, setiausaha umpama isteri di pejabat. Isteri yang sebenar, entahlah bila nak bertemu jodoh. Amir sendiri pun tak pasti. Sempat juga fikiran Amir melayang yang bukan-bukan.

“Tuan, lama lagi ke kita kat di sini?” Dah macam belangkas, di mana ada Amir di situ adanya Haryati. Payah jika Haryati tidak bersamanya. Haryati umpama Goggle Rangkaian Hotel M&M. Tahu segala-segalanya.

“Tak pasti lagi. Semuanya bergantung pada kesihatan papa. Tapi saya nampak di selesa di Vila Desa. Doktor pun ada cakap kesihatan dia bertambah baik.” Ya, Vila Desa sebuah rumah penginapan mereka sekeluarga yang berkonsepkan Eco-City terletak di Kampung Batu Ria, Perak.

 “Yati, awak tolong set upkan cawangan Ipoh ni jadi ofis kedua saya! Saya nak luangkan lebih masa kat sini. Sekali sekali je, saya akan ulang-alik ke HQ Putrajaya.”

“Baiklah, nanti saya hubungi interior designer untuk setkan ofis tuan sama macam Putrajaya! Okay!” Haryati mencatat sesuatu dalam I-Padnya.

“Bagus. Awak tahu cita rasa sayakan. Awak memang bijak dan cekap!” Bangga Amir punyai setiausaha seperti Haryati.

“Tuan nak saya pindah ke sini jugak ke? Saya belum bincang dengan mak ayah saya lagi,” risau terpalit di wajah Haryati. Sejurus, Amir terus menggeleng.

“Tak perlu. Nadiakan ada. Saya nak awak latih dia jadi PA saya kat sini. Cepat Nadia pandai, cepat awak boleh balik ke HQ semula. Khidmat awak lebih diperlukan di sana. Saya nak awak jadi mata dan telinga saya kat sana. Saya tak nak mereka berseronok tanpa diperhatikan. Faham!” Tegas Amir. Dia memang tidak suka ada masalah disebabkan kelalaian. Staf-staf Rangkaian Hotel M&M memang sudah maklum dengan perangai tegasnya a.k.a singa lapar.

“Baiklah, tuan. Hati-hati memandu. Sampaikan salam saya pada Dato’ Mansor dan Datin Masyitah.” Amir mengangguk dan tersenyum. Nampaknya emosi Amir agak baik hari ini.
“Insya-Allah. Awak pun jangan balik lewat sangat!”

‘Kan dah kata, mood dia baik. Terlebih prihatin pula dia hari ini.’ Pelik juga Haryati dibuatnya. Tapi lebih baik daripada menghadap wajah Amir yang mencuka sepanjang hari.

“Bukan apa, saya takut awak komplen belakang saya. Bos sedap-sedap balik awal, setiausaha jadi jaga dekat ofis!”

“Eh mana ada saya cakap tuan macam tu!”

“Jangan kata saya tak payung pulak.” Melirik senyuman Amir mencecah ke telinga. Jarang-jarang Amir nak mengusik setiausaha sendiri. Entah apa yang menceriakan hati Amir, Haryati tidak pasti.

“Terima kasih, tuan.”

Dato’ Mansor dan Puan Masyitah amat lega, semangat Amir kembali pulih. Sekarang Amirlah yang mengemudi Rangkaian Hotel M&M sepenuhnya. Sayangnya, Dato’ Mansor masih belum terbuka hati memindahkan pemilikan rangkaian hotel mereka ke atas nama Amir Mazlan. Dibiarkan dahulu Amir merasa makan gaji dengan syarikat keluarga sendiri.
Hendak ikutkan hati Amir, malas dia nak bertanyakan hal ini kepada papanya. Dia tahu papanya bila bertindak pasti ada alasan tersendiri. Jika papanya tidak yakin dengan pencapaiannya, mustahil juga. Dato’ Mansor tidak pernah lekang memuji pencapaian memberangsangkan Amir terutama dalam mempromosikan dan pertambahan pengunjung hotel rangkaian mereka.

Entah kenapa, persoalan ini asyik bermain di minda Amir. Jiwanya terpalit rasa tidak puas hati dan tidak dihargai. Sememangnya dia sudah sedia menerajui rangkaian hotel itu. Hatinya berbolak-balik sama ada perlu atau tidak diutarakan soalan cepumas itu kepada Dato’ Mansor.

“Papa, papa. Bilalah nak diserahkan segalanya pada Am? Nak kata Am tak kerja keras, Am dahpun buktikan kejayaan demi kejayaan Am. Apa lagi papa nak pun, Am tak tahu?” Amir mengeluh sendiri.

“Memang patut pun papa berehat di rumah. Papa dah puas berkerja keras sara keluarga dan bina empayar hotel kita sampai ke tahap ni.” Amir masih bergumam sendiri.
Keluarga adalah keutamaan Amir sekarang. Inilah masa terbaik untuk merapatkan hubungan mereka anak beranak. Banyak masa telah dibazirkan lantaran kekecewaan lalu. Setakat kena berulang-alik dari Ipoh ke Putrajaya dan Putrajaya ke Ipoh, sudah jadi alah bisa tegal biasa baginya.

“Baiklah, tiba masanya untuk bersuara.” Dalam hati Amir kecut perut juga. Papanya tampak saja tenang, namun bila bertegas pasti tidak berkompromi dengannya.

Penjara Kasihku ~ Prolog

Prolog


Hamparan lautan biru luas terbentang. Indahnya panaroma kehidupan alam semesta. Ikan di lautan, riang ria berenang bagai tiada masalah sezarahpun. Angin sepoi-sepoi bahasa, gigih menyapa wajah Amir. Matanya dipejam menghayati dan menenangkan jiwa raga yang resah gelisah.

Hidup perlu diteruskan, kedukaan perlu dipadam segera. Amir Mazlan bin Dato’ Mansor, masih memujuk hati. Agar jadi manusia yang reda menerima takdir Ilahi. Pasti Dia tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Betullah, penderitaan harus dilupakan. Kehidupan perlu diteruskan. Pesanan orang tua-tua, menyayangi seseorang janganlah terlampau. Jika terkecewa, lukanya akan lambat sembuh.

Rezeki, maut, masa depan dan jodoh, memang Tuhan yang merencanakan. Usah dilawan takdir mendatang. Terimalah dengan hati terbuka dan reda. Kita hanya mampu berdoa untuk lebih baik.

Amir Mazlan, mahu mulakan hidup dan menghirup semangat yang baharu. Lama dia terdampar di Pulau Mabul, mencari sesuatu yang kehilangan di dalam dirinya.Wajahnya tidak terurus dengan bulu-bulu di wajahnya tidak dicukur langsung. Rambutnya panjang melepasi bahu kerana terlalu ikutkan perasaan.

Kepulauan inilah menjadi saksi peperangan jiwa dan raganya. Wanita, makhluk ciptaan Ilahi yang sukar ditafsirkan. Wanita boleh jadi penawar, wanita jua boleh jadi racun berbisa. Apakah masih ada wanita yang ditakdirkan jadi rusuk kirinya selepas menerima kecurangan itu? Dia tidak pasti.

Tidak adil menyusahkan diri lagi. Saban hari dia mendengar luahan hati dan kesedihan hati insan bergelar mama, Datin Masyitah. Merintih dan mengadu agar Amir kembali segera. Kesihatan papanya, Dato’ Mansor semakin merosot. Khidmat tenaga dan mindanya amat diperlukan di Semenanjung Malaysia. Tinggal dua permata hatinya itu perlu dipelihara dan dijaga rapi. Merekalah naungan syurganya di dunia.

Lahirlah Amir Mazlan berwajah baharu, walaupun kelukaan masih ada. Pokoknya Amir akan lebih berhati-hati dengan insan bergelar wanita. Siapakah wanita yang bakal dipenjarakan dalam hati dan hidupnya? Siapakah wanita yang bakal jadi suri hatinya?

‘Entahlah.’ Itu yang bergumam dalam hati Amir. Doanya semoga dia dikurniakan seorang wanita yang tabah melayani kehendaknya suatu hari nanti.


24.11.2017

24.11.2017

Yeah, hari terakhir persekolahan. Tentunya yang palong sekolah adalah anak2 kitakan.
Kepada pada ibu bapa, masing2 mula memicit dahi. Maklumlah kena sediakan persiapan untuk anak2 mula sesi persekolahan.

Seperti saya sendiri, tahun 2018 adalah tahun yang mencabar. Keempat-empat anak saya bersekolah. Firdhaus akan melalui UPSR, Firzanah terpilih menjadi pengawas sekolah, Firjani bertukar sekolah tadika dan Firuz Nafiz akan mula bertadika.

Saya dan suami akan bercuti selama 4 hari seperti biasa. Setiap awal tahun begitu juga. Pasrahlahkan.

Agak-agaknya berapa ribu yang perlu diperuntukkan. Selalunya saya memperuntukkan dua ke tiga ribu, kali ini pastinya akan bertambah.

Apapun  saya tak kisah asalkan dapat sediakan yang terbaik untuk anak2.

Malam karang mula berkemas. Firdhaus dan Firzanah bakal hadiri Kem Solat di kampung. Kebetulan ada dekat, selama 5 hari. Sokong program kawan2 anjurkan.
Semoga mereka perolehi ilmu yang bermanfaat.

Nukilan
Pn. Fakarina

Saturday 25 November 2017

23.11.2017

Seminar Logistics...Import & Export & Ucustoms

Awesome!!!

Itu yang boleh sayang perkatakan. Bidang logistik memang ada kekangan tersendiri. Bila kami yang biasanya menguruskan hal logistik syarikat menghadirinya, kebiasaannya seperti reunion.

Bertemu dengan rakan yang menggantikan tempat saya di sebuah kilang pembuatan barangan bayi dari getah dan latex, sejak 6 tahun lalu, sebuah keindahan.

Berkongsi kisah dan pengalaman memang seronok.

Saya memang rajin bertanya. Kira jadi star of the days. Kalau ada anugerah memang milik sayalah. HehehehπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Maaf tetiba up diri sendiri.

Sekurang-kurangnya soalan saya akan membantu mereka yang kurang berpengalaman dalam bidang ni.

Tapi pastinya, mana cukup seminar sehari nak rangkumi semua perkara. Macam keretapi laju...huhihi

Semoga ilmu yang diperolehi bermanfaat dalam kerja seharian.

Nukilan;
Pn. Fakarina

Tuesday 21 November 2017

Kekhilafan Semalam

Kekhilafan Semalam


Baharu sesekali Dia menjentik,
Engkau sudah resah,
Kaki bagaikan tidak cecah ke bumi,
Fikirkan sudah terawang-awangan


Baharu sesekali Dia bagi kau sakit,
Engkau sudah rasa parah,
Lelah tidak punya daya,
Siapkan tugas yang berjela-jela.


Baharu sesekali Dia bagi kau gusar,
Engkau sudah melatah,
Mulut mula merapu kata Dia tak saying,
Sedangkan udaranya kau sedut hari-hari tanpa sedar.


Kekhilafan semalam usah diulang,
Jadilah manusia berserah dan bersyukur,
Jadilah insan yang reda setelah berdoa,
Jadilah hamba bertaqwa walau diuji payah.


Pintu taubat itu luas.
Masa itu panjang.
Berusahalah seperti kau hidup seribu tahun,
Beramallah seperti kau hendak mati saat nanti.


Nukilan,


Pn. Fakarina
22.11.2017





Sulitkah Untuk Bahagia? ~ Bab 2


Bab 2 ~ Gelora Hati & Syak Wasangka

Zaf tak jadi membawa Ain terus pulang. Keretanya dipandu terus mendaki ke puncak bukit berhampiran dengan taman perumahan mereka berdua tinggal. Zaf memberhentikan keretanya di situ. Ain masih terlena di sebelahnya direnung lama. Wajah Ain dipandang kosong.
‘Nyenyaknya dia.’ Desis hati Zaf.
Zaf meneguk air liur. Terpamer wayang percuma di hadapan mata, pangkal peha gebu dan putih melepak itu. Mujur Ain berseluar pendek. Jika pakai skirt pendek, makin tersingkap agaknya. Silap-silap nampak wayang percuma lagi di bahagian bawah.
Tangan Zaf mulai gatal dan hampir menyentuh kulit Ain. Mujur dia cepat tersedar. Dikesat peluh jantan yang menitis di dahinya. Bertegar tulang rusuk kirinya, melihat ‘rezeki’ di hadapan mata. Bergegas jantungnya, rentak degupan juga tidak sekata. Nafasnya turun naik menahan nafsu yang mulai terganggu.
Haruman yang dipakai Ain sungguh buatkan dia resah. Menegang seluruh badannya, menahan rasa. Cepat-cepat Zaf beristifar.  
Zaf melepaskan keluhan kasar. Daun pintu keretanya digapai dan dipulas pembuka pintu. Segera dia keluar dari kereta. Sebelum setan dilaknati Allah terus-terusan menggodanya, baik dia jauhi dan kawal diri dahulu. Tidak rela jadi penebuk tupai seorang gadis.
Zaf duduk di atas hud keretanya. Rambutnya diraup ke belakang.
“Betul ke aku nak pinang Ain ni?” Tiba-tiba hati Zaf terasa berbelah bahagi. Tadi bukan main lagi teruja. Sekarang dia berkira-kira pula. Persis lalang pun ada sekarang ni.
“Nak bentuk Ain jadi isteri solehah, payah jugak tapi tak mustahil. Aku sendiri pun bukanlah baik sangat.” Pengakuan Zaf kepada dirinya sendiri.
Perasaan simpati terhadap Ain agak tebal. Bukan dia tidak tahu penderitaan yang gadis itu alami. Setiap rahsia Ain, sememangnya kemas tersimpan di dalam poket Zaf.   Gadis itu memang tidak boleh lari daripadanya. Petik jari saja, Ain boleh melutut padanya.
Bukan sekali dua, Zaf menolong Ain dan menyelamatkan gadis itu daripada dimaki hamun oleh Mak Sam terutamanya. Kadang-kala sikap memberontak Ain ditunjukkan semata-mata untuk protes kepada keluarga angkatnya.
Namun positifnya, Ain seorang gadis yang kuat semangat dan berdikari. Dia juga bercita-cita tinggi. Jika tidak, mana mungkin gadis itu berjaya sebagai Penolong Pengarah Pemasaran di salah semua syarikat hartanah terkemuka di ibu kota. Bergaji besar, tidak termasuk dengan komisen jualan hartanah lagi.
Duit yang teballah yang buatkan Mak Sam kadang-kala terpaksa kunci mulut. Semuanya Ain yang tanggung. Ain tetap tahu jadi manusia yang membalas budi orang yang telah membesarkan dia dari kecil hingga dewasa dan cantik. Seperti sekarang ini.
Jam di pergelangan Zaf dipandang sekilas.
“Lewat dah ni. Mengamuk pula Lebai Syakir nanti.”
Terus wajah ketat Lebai Syakir terimbas di benak Zaf. Kali pertama, Lebai Syakir naik berang. Mana tidaknya, secara depan-depan penduduk Taman Megah mengata dan mengumpat sikap Ain di masjid malam tadi.
"Lebai, kami rasa tak usahlah jadi imam dekat taman kita ni lagi...!" Tengking Fuad kepada Lebai Syakir. Tergamam Lebai Syakir dibuatnya, sehingga terpaksa diurut dadanya.
"Ya Allah, sampai hati kau Fuad! Apa salah aku? Salah ke aku nak berkongsi ilmu yang aku ada dengan masyarakat setempat?” Tanya Lebai Syakir mahukan kepastian.
"Ilmu konon. Cuba lebai cerminkan diri tu. Anak lebai bukannya ramai, ada dua orang je. Nasseer, anak kandung lebai tu, nasib baik masuk sekolah tahfiz. Nampaklah baik dan bagus akhlaknya. Anak angkat perempuan lebai tu, siapa ye namanya? Hah, Ain!”
“Ye, Ain. Kenapa dengan dia?” Kata-kata Fuad, segera dipintas Lebai Syakir.
“Dahlah anak angkat lebaikan. Bukan main seksi lagi. Terdedah atas bawah. Lepas tu, duduk serumah pulak dengan lebai. Bukan mahram lebaipun kan! Batal air wuduk lebai dengan Ain tu. Dah macam bersedudukkan dalam rumah pulak!” Nasseer yang berdiri di sebelah ayahnya, mengurut belakang lelaki itu. Risau jika ayahnya terkena serangan jantung nanti.
"Abang Fuad cakap apa ni? Jangan tuduh sembarangan tanpa bukti. Nak tuduh ayah saya bersedudukan dengan Kak Ain? Besar fitnah tu. Bila masa pula ayah saya tinggal berdua-duaan je dalam rumah?" Nasseer membela maruah ayahnya.
"Eh, manalah aku tahu. Aku bukan jadi jaga di rumah kau berdua. Aku buat andaian saja. Tapi tak betul ke apa yang aku cakap tadi. Kebarangkaliannya tetap besarkan.”
"Maaflah lebai, kalau cara penyampaian Fuad tu agak kasar. Tapi hukum tetap hukum. Tak manis dipandang orang dan salah di sisi agama. Lagipun boleh jatuh fitnah. Kami ni sayangkan dan amat hormati lebai dekat kawasan ni. Buatlah sesuatu. Kahwinkan si Ain tu secepat mungkin. Dia pun semakin liarkan sekarang ni!" Pengerusi Rukun Tetangga Taman Megah, Tuan Razak terus menyampuk perbincangan tak disengajakan itu.
"Anak gadis, balik rumah tengah-tengah malam. Lebai fikirkanlah, cadangan saya tadi.  Penting untuk menjaga nama baik lebai juga!" Tuan Razak menekankan lagi cadangannya.

"Assalamualaikum, Zaf." Terhapus khayalan Zaf apabila terdengar seseorang memanggil namanya. Tangannya segera menghalang suluhan lampu picit yang ditala tepat ke wajahnya. Terus Zaf terdiri berdiri di hadapan beberapa orang lelaki di hadapannya
"Tuan Razak!" Salam tadi dijawab dalam hati. Hatinya berdebar-debar, terasa darah mengalir keluar dari tubuhnya. Wajah Zaf mulai pucat lesi. Tuan Razak dan Zaf bersalaman, begitu juga diikuti dengan beberapa orang lelaki lain.
Salah seorang dari mereka menyuluh ke dalam kereta Zaf pula. Apabila terpandang Ain yang elok lagi dibuat lena, mereka menggelengkan kepala dan berbisik ke telinga Tuan Razak. Zaf mulai rasa tidak sedap hati.
"Apa kamu berdua buat apa dekat tempat sunyi begini?" Tanya Tuan Razak.
"Sa, saya... ." Zaf tiba-tiba tergagap pula.
"Sudahlah. Kita cerita saja dekat rumah Lebai nanti!" Tuan Razak terus memintas kata-kata Zaf.
“Tapi kami tak buat apa-apa pun!” Zaf kembali lancar dengan kata-katanya.
“Berdua-duaan dekat tempat sunyi boleh mendatangkan fitnah, Zaf. Saya tak suka ada maksiat berlaku di kawasan ni.” Tegas Tuan Razak.
“Mana ada kami buat apa-apa! Saya kat luar, dia dekat dalam kereta.” Zaf seakan mahu naik angin. Tapi dia masih mengawal tingkah dan emosinya.
“Dah, jom. Kita pergi ke rumah Lebai Syakir sekarang!” Tuan Razak dan seorang lagi jiran mereka turut naik kereta Zaf bersama-sama. Beberapa jiran lain menaiki motorsikal secara berasingan. Zaf dalam keadaan serba salah hanya menurut saja.
‘Ya Allah, Zaf. Jauh sangat fikiran kau melayang. Sampaikan bunyi motosikal punya bising pun kau tak perasan,” Desis hati Zaf memarahi dirinya sendiri.
Zaf jatuhkan pandangan Ain yang masih lena di sebelahnya. Entah kenapa tiba-tiba dia jatuh kasihan kepada gadis itu. Ain tidak bersalah. Dia tidak berniat pun untuk berbuat serong. Tak sangka tindakannya untuk biarkan gadis itu stabil dahulu sebelum dihantar pulang ke rumah, bakal mengundang musibah yang lebih besar.
Pasti Ain akan dimarahi teruk dengan Lebai Syakir nanti. Mak Sam tentu gunakan peluang keemasan ini untuk mencucuk dan menjatuhkan hukuman berat kepada Ain.
Walau apa pun yang bakal terjadi, Ain tetap dihormatinya sebagai kawan karib. Zaf juga seorang yang Ain rapat dan disenangi gadis itu. Hati Zaf tidak putus-putus berdoa, agar tidak ada perkara yang buruk bakal terjadi kepada mereka berdua.

Sulitkah Untuk Bahagia? ~ Bab 1 (Part 2)

Bab 1 - Lepaskan Tekanan (Part 2)


"Ikut Zaf!" Zaf pegang erat tangan Ain. Jika tidak diheret, memang tidak baliklah jawabnya. Dia mahu selesaikan amanah Lebai Syakir segera. Ini bukan kali pertama, Zaf turuti Ain di sini.
"Lepaskanlah, sakit tau. Kenapa nak paksa-paksa ni!" Puas Ain cuba merentap tangannya agar terlepas tapi gagal. Tenaga lelakikan tentu-tentunya lebih kuat.
"Zaf, lepas. Sakitlah." Zaf tak endahkan jeritan Ain. Orang yang ada di situ sekadar melihat saja. Keadaan Ain agak lemah buatkan dia tak mampu meronta untuk lawan kederat lelaki setegap Zaf.
"Zaf akan lepaskan tangan Ain, bila Ain dah masuk dalam kereta nanti." Zaf sudah menyandang beg tangan Ain di bahunya. Sekeping not lima puluh diletakkan di atas bar kaunter sambil berikan isyaratkan kepada pelayan bar di situ.
"Keep the change!" Pelayan bar itu mengangguk.
"Dah jom balik. Jangan banyak dalih lagi!" Hendak atau tidak, Ain terpaksa berpaut kepada Zaf lantaran kepalanya masih berpusing.
Kunci kereta gadis itu diserahkan kepada Nasseer. Nasseer tidak masuk ke dalam kelab malam tadi kerana dia tidak selesa. Lagipun, takkanlah berbaju Melayu dan berserban, mahu masuk tempat sebegitu.
Semuanya sebab Lebai Syakir sudah mengamuk di rumah mereka tadi. Berang dengan tingkah laku Ain. Keluhnya, anak gadis seorang pun sukar hendak dididik dan dipantau.
"Seer, kereta Kak Ain kau bawa balik eh. Abang nak bawa Kak Ain selesakan diri dulu. Kalau lebai tanya, cakapkan Kak Ain ada dengan abang. Dia dah stabil sikit nanti abang bawa dia balik." Terang Zaf beriya-iya.
"Baiklah, bang. Teruk sangat keadaan Kak Ain ni. Takut tambah dengan mulut Mak Sam yang suka jadi batu api, silap hari bulan malam ni gak dia kena halau nanti." Memang Ain dan Puan Samsina, ibu kandung Nasseer memang tidak sebulu.
"Mmmm...Yalah. Abang pun kasihankan kat Ain ni."
"Okaylah bang. Seer gerak dululah. Dah lewat sangat ni. Esok, Seer ada kelas."
"Hati-hati!" Nasseer mengangguk. Zaf hanya menghantar Nasseer dengan pandangan saja. Ain yang masih erat dalam dakapannya, segera dipimpin masuk ke dalam kereta.
"Zaf buat Ain ni macam bini Zaf pulak. Kita nikan dah macam belangkaskan. Mana Ain ada, mesti Zaf adakan. Betul tak," Ain mula merapu. Kepalanya makin berdenyut-denyut. Silap dia menelan pil khayal tadi.
“Kenapa? Ain berani ke nak berlakikan lelaki macam Zaf ni? Ain tahukan Zaf macam mana?" Zaf cuba menguji dan bertanya bertubi-tubi. Idea nakal tiba-tiba saja muncul. Perakam di telefon pintarnya dipasang. Dia mula merekodkan perbualan yang bermakna ini padanya.
"Betul, Ain nak bersuamikan Zaf?" Ain mengangguk sambil tersenyum. Zaf cuba menekankan kembali persoalan itu.
"Betul ke Ain?" Tanya Zaf lagi.
"Eh, betullah. Kenapa tak? Zaf jadi suami Ain je pun. Lain-lain tetap tak berubahkan." Ain tertawa kecil.
"Ain tahu yang Zaf memang sukakan Ain dari dulukan. Ain kena janji dengan Zaf. Lepas kahwin, Zaf nak buat apa-apa pun kat Ain, Ain tak kisah. Asalkan Ain bebas dari rumah neraka tu. Dan ayah tak perlu nak maki-maki Ain lagi. Ain nak bebas dari rumah Lebai Syakir." Ain luahkan isi hatinya, walaupun dia sedang khayal. Mata pun sudah jadi mata beruang panda, hendak buka kelopak matapun berat sangat.
"Apa-apa pun? Ain pasti?" Zaf sengaja menekan soalannya tadi. Dia mahu kepastian Ain sungguh-sungguh. Perkara itu wajib dipastikan.
"Yelah, apa-apa pun tapi lepas kita kahwinlah. Sekarang tak boleh, dosa!" Ain luahkan kata-katanya dengan nada manja dan agak yakin juga.
"Ain tak main-mainkan Zafkan. Ain sedar tak apa yang Ain sedang cakapkan ni?"
"Ain tahulah. Ain cuma pening, bukannya mabuk. Ain tak biasa dengan supply baharu ni. Tak best manapun, pening je lebih." Ain seolah-olah yakin dengan kata-kata. Zaf tersenyum sumbing.
"Baiklah, Zaf harap Ain tak menyesal. Zaf pantang dicabar tau. Tapi Ain kena ubah perangai buruk ni. Kalau Ain degil, Zaf pukul je Ain nanti!" Ugut Zaf.
"Tak mungkinlah Ain menyesal. Ini Ainlah. Siapa tak kenal? Sering tekad dalam keputusan. Ain janji Ain akan berubah ye, sayang." Ain tersenyum nipis.
"Tapi ingat, kalau Ain degil Zaf akan pukul Ain. Faham tak?” Zaf sengaja menggugut Ain lagi. Memang Zaf ada barannya, namun tidak pernah dia tunjukkan lebih-lebih pada gadis itu.
“Ya, ya. Ain izinkan. Zaf nak pukul ke apa ke, janji mendidik Ain ke arah kebaikan. Tak ada hallah.”
"Baiklah, jom kita balik. Bolehlah Zaf pinang Ain segera!" Bersemangat Zaf nampaknya.
"Ain mengantuklah. Dah sampai nanti, kejutkan Ain ye!” Ain bersuara agak lemah dan akhirnya terus tertidur. Perakam tadi dimatikan dan disimpan dengan tajuk, Persetujuan Ain.

Sulitkah Untuk Bahagia? ~ Bab 1 - Part 1


Bab 1 ~ Lepaskan Tekanan (Part 1)
 
Zaf melangkah laju ke pintu masuk. Kad pengenalan dihulurkan kepada bonzer kelab. Belakang tangan dicop dengan lambang kelab esklusif itu.
"Tak pernah nampak," tanya bonzer kelab itu tanpa senyuman. Seluruh badan Zaf diimbas dengan alat khas untuk memastikan tiada barangan logam atau senjata dibawa masuk.
"Baru lagi, member kenalkan tempat ni. Mereka kata best."
"Memang best tapi jangan bikin kecoh, faham!" Entah kenapa bonzer kelab itu, menyimpan syak wasangka pada dirinya. Berbekalkan senyuman nipis, Zaf mengangguk tanda faham.
Melangkah masuk ke dalam kelab itu, gegendang telinga terus menangkap alunan muzik rancak yang agak kuat dan membingitkan.
Zaf terasa musykil, di mana keseronokan yang dicari? Terkinja-kinja di sana sini. Jika menari dikatakan keluarkan peluh, dekat kelab ini semuanya dipasang dengan penghawa dingin. Baru peluh menitis, tak sampai beberapa saat sudah kering kembali.
Lampu berkelip-kelip mengikut rentak muzik yang dipasang oleh DJ. Suasana agak samar-samar, sukarkan Zaf mengecam figura yang dicarinya. Diteliti satu persatu manusia-manusia yang ada di situ. Bau air setan cukup menusuk ke rongga hidungnya. Lagak aksi-aksi ghairah gadis-gadis seksi yang berpakaian seakan telanjang cukup mengiurkan. Lelaki-lelaki  spesis ulat bulu naik daun, tidak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan.
Muzaffar atau lebih mesra panggilan Zaf, menghela nafas panjang. Terpaksa dipekakkan telinga dan dibutakan matanya sekali lagi. Keterpaksaan, Zaf jejakkan kaki ke kelab malam esklusif ini, demi Nurul Ain. Gadis yang sama-sama membesar dengannya sejak kecil. Beza usia di antara mereka lebih kurang enam tahun.
Hubungan mereka terlalu rapat, ibarat hubungan abang dan adik. Setiap inci rahsia Ain, elok berada dalam genggaman Zaf. Zaf juga rapat dengan Lebai Syakir, ayah angkat Ain. Zaf memang rajin jejakkan kaki ke masjid terutama waktu Maghrib dan Isyak.
Sesekali dia akan menolong Lebai Syakir apa yang patut di masjid. Senang dengan sikap Zaf yang kelihatan seperti seorang yang berbudi, Lebai Syakir mengamanahkan Zaf menegur dan memantau perangai liar Ain. Ain memang agak degil tapi apabila dengan Zaf, Ain jadi pendengar kata pula.
Zaf menggaru kepala yang tak gatal. Ramai pula pengunjung kelab malam ini. Kelibat Nurul Ain tidak kelihatan dan ditenggelami sekali. Nasseer, adik angkat Nurul Ain tidak mahu menemaninya masuk ke dalam kelab. Terpaksalah dia harungi mencari Ain sendirian.
Akhirnya Zaf berjaya mengesan Ain di hot spot gadis itu. Asyik Ain terangguk-angguk dan tergeleng-geleng kepala, begitu asyik menghayati muzik. Ada pula seorang lelaki lain yang cuba mendampingi gadis itu. Setelah pasti, gadis itu adalah Nurul Ain, Zaf panjangkan langkah. Risau jika lelaki tadi cuba mengambil kesempatan. Payah Zaf hendak menjawab dengan Lebai Syakir nanti.
"Ain buat kat sini? Jom balik!" Teriakkan suara garau Zaf, buatkan Nurul Ain menoleh. Ain senyum melirik, apabila melihat pengawal peribadi tak bergajinya sudah muncul.
"Hey, Zaf. Buat apa dekat sini, sayang?" Ain terus mendakap manja dan lentukkan kepalanya ke bahu Zaf yang bercekak pinggang di sebelah. Hilang rasa gerun dan tidak termakan langsung dengan tenungan tajam Zaf.
"Zaf cari Ainlah. Kalau tak, tak ingin Zaf jejakkan kaki kat sini." Zaf lemah bila Ain mula jadi sotong. Lengan Zaf dipaut erat-erat.
"Alah... Ada-ada je Zaf ni tau! Mesti ayah yang suruh jejak Ain sampai sini kan?” Kata-kata Ain langsung tidak meninggalkan bekas dalam diri Zaf.
"Apasal Ain tak balik rumah semalam?"
"Eh, Ain baliklah. Siapa cakap Ain tak balik? Tak baik main tuduh-tuduh tau! Ada bukti ke?"
Zaf mengeluh dalam-dalam. Mata Zaf melingas pandang ke arah keliling. Sungguh dia tidak selesa dengan hiruk-piruk dalam kelab malam itu. Entah apalah yang seronok sangat. Terkinja-kinja menari dengan muzik rentak. Menghirup air syaitan itu berbotol-botol. Lelaki dan perempuan, menari bergesel-geselan. Berseronok sampai tak tahu halal daan haram.
"Kalau Ain balik, kenapa lebai tak perasan? Takkan lebai nak berbohong!"
"Alah, ayah tu suka bikin kecoh tau. Ain balik pukul tiga pagi. Tidur dua jam je. Sebelum subuh, Ain dah keluar balik. Ada meeting kat Bukit Tinggi pukul 10 pagi. Mana ayah nak sempat tengok kelibat Ain." Menggeleng Zaf dibuatnya.
Zaf pandang Ain atas bawah. Seksi sungguh gadis itu. Pakai mini T-shirt, menampakkan lurah dendamnya. Berseluar pendek ketat paras peha. Berbezanya Ain tak minum arak. Dia datang ke kelab malam pun untuk berhibur dan dengar lagu katanya.
Zaf tetap rasa kecewa. Ain sudah mula berjinak-jinak dengan pil khayal pula. Beberapa kali Ain terkantoi dengan Zaf. Bila dia sengaja buat spot check beg tangan Ain, mesti terselit pil-pil khayal itu dalam bungkusan ubat-ubatan biasa. Sudah berbakul-bakul nasihat dilontarkan, Ain masih buat pekak badak saja.
"Berapa biji Ain telan malam ni?" Ain tak jawab, dia balas dengan senyuman saja. Pautan pada lengan Zaf dieratkan. Kepala Ain terasa berat, macam ada batu bertan-tan.
Jika tidak sebab Lebai Syakir sering mengadu dan pinta tolong tengok-tengokkan gerak-geri anak gadisnya, tentu Zaf tidak jejakkan kaki ke sini.
"Temankan Ain minum. Bosanlah. Peter, Matthew dan Shereen semuanya tak jadi datang. Ada masalah dekat tapak projek pulak!"
"Ain masih tak serik eh? Bukan Matthew ke tu, yang nak jual Ain pada klien projek megakan?" Ain angguk perlahan. Zaf merengus dan kedua-dua bahu Ain dicengkam erat.
"Kenapa Ain masih kawan rapat dengan mereka?" Bahu gadis itu digegar kuat. Kelihatan Ain semakin lemah, penangan pil khayal yang beraja di perut Ain.
"Mana boleh elak? Matthewkan leader Ain. Projek Mega Puncak Alam tu pun, projek Ain juga. Dia kata kalau Ain berbakti sekali, Ain dapat komisen lebih. Jadi apa salahnya?" Segelas soda di hadapannya terus diteguk laju.
"Berbakti sampai nak gadaikan body? Gitu?"
"Hey, choy. Belum lagi tau. Apa, ingat Ain tak pandai jaga diri ke?" Suara Ain sedikit meninggi.
"Apa-apa sajalah. Ain memang suka susahkan Zaflah. Balik sekarang, lebai risau!"
"Ain bukan budak-budak lagilah. Asyik kena menurut je, rimas!" Ain mula buat muka.

17.11.2017

17.11.2017

Adat  bekerja dengan orang, biasalah, apabila ada masalah pasal akan kebaboom meletop punya.

Sebagai Snr.Order Handlings Sales Executive memang payah. Saya kena berhadapan dengan pelbagai lapisan dan badan berkenaan.

Siapa kata mudah menguruskan impot dan eksport. Kena jadi seorang yang peka kepada sosioekonomi dan metereologi. Kena selalu mengemaskini persekitaran dan data maklumat dalam minda.

Selain itu, kena juga tahu perkembangan akta-akta berkaitan.

Bila kapal terlewat sampai ke perlabuhan sukar hendak menjawab. Apabila kita berperang dengan bencana alam serta kekanganmasalah negera-negara terntentu, secara tidak langsung kita juga terjejas.

Hai, tempohari saya jadi nujum pak belalang, kena marah. Sekarang betul2 terjadi pun kena bising. Yang pasti bersabarlah. Sitasi ini berlaku setiap tahun dan hanya akan berakhir pada tahun baru cina tahun lepas.

Nak merungut pun tak sesuai, family day tahun ni pun senyap je...sedihnya...

Harap2 adalah nantikan.

Nukilan, PF

Telefon tua pulang ke pangkuan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi,

Berkat doa, berkat reda. Berkat berserah,
Kejadian 1 dalam 1000, hp kesayangan saya dipulangkan semula.

Banyak perkara belajar,

1. Lebih berhati-hati selepas ini, pastikan barang2 penting saya sentiasa di sisi.

2. Pentingnya ada password pada telefon bimbit. Telefon tua saya tidak dapat diterjah masuk kerana ada password. Mujur saya dapat trace telefon saya melalui goggle. Ada pergerakan di tempat lain, baharu saya tersedar ianya hilang bukan di kawasan rumah.
Jika tiada password, tentu telefon tua saya itu sudah dijual. Setakat dapat rm200 pun duit juga kan di zaman minyak naik harga niπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

3. Jangan selalu silent phone, saya memang suka silent mode. Biasa di tempat kerja saya saya tak akan buka nada dering mahupun vibration. Saya kena belajar, tinggal opis haram silent mode untuk saya.

4. Jangan letak sebarang kad pada cover telefon ataupun identiti peribadi dalam memori telefon anda. Ingat!!! Jangan ada password, detail perbankan, no pin dan etc di dalam telefon bimbit.

5. Jika anda repot polis, mereka tidak ada sewenang-wenang terus berurusan dengan pihak telekomunikasi. Jika kehilangan ada kecuaian sendiri, repot yang anda buat adalah untuk dapatkan lanjut daripada pihak telecon tentang lokasi nombor telefon anda yang hilang. Jika ada jenayah berat baharu polis akan terus. Kecuaian sendiri adalah tanggungjawab sendiri ye.

6. Sentiasa pastikan nyawa telefon anda panjang. Mujur saya baru cas telefon saya 100% tempohari. Kebiasaannya tanpa penggunaan data yang banyak, bateri tu bakal tahan selama 3 hari ye, hari ini hari terakhir. Mujur saya telefon no telefon saya gunakan telefon ofis saya tengah hari tadi. Dgn no yang terteralah mereka menelefon saya pada tengahari juga. Masa saya amik telefon saya tinggal 1% sahaja baterinya.

Apapun terima kasih kepada staf Family Store  Kip mart yang sudi pulangkan telefon tua saya. Hanya tuhan dapat membalas jasa baik anda semua.😘😘😘

Alhamdullilah. Terima kasih pada Papa Fir sayang, yg sentiasa tidak putus berdoa untuk saya. I❤u dunia akhirat.


#rahmatAllahtakpernahkurang
#insankhilaf
#roadtonovelis

Monday 20 November 2017

19.11.2017

19.11.2017

Selamat tengahari !!!

Wah, nampaknya tinggal seminggu lagi bersekolah. Pasti anak-anak terujakan. Mak ayah juga teruja. Mulalah masing-masing:-

1. Intai-intai poket dan akaun bank. Cukup tak untuk menempah percutian keluarga. Tidak kisahlah dalam negara mahupun luarkan.

2. Pusat membeli-belah dan kedai-kedai mulai menjual kelengkapan persekolahan. Mula beli pakaian sekolah, beg sekolah, alatulis dan lain-lain. PF pun sudah mula beli sedikit demi sedikit. Maklumlah yeah πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… batalion semuanya sekolah pada 2018. Bengkok takπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Tak apa demi masa depan anak-anak.

3. Intai-intau program yang boleh mengisi masa lapang anak-anak. Insya allah 2 yang besar bakal berkem solat dan memanah serta kem motivasi nanti.

PF sendiri berusaha untuk siapkan satu mss jika mampu. Beberapa cerpen jika berkesempatan. Moga2 ada karya yang boleh diterbitkan walaupun karya kecil sangat.

#cerpenistonovelis
#puakajambatanrelease
#puakastorsukaninprogress

16.11.2017

16.11.2017

Badan agak keletihan kerana menjaga seorang demi seorang ahli keluarga yang sakit. Yang susah untuk dijaga, si bongsu. Di ikuti pula dengan Firjani. Menduga kesabaran dan tahap keupayaan.

Mata sudah jadi mata panda. Tak mampu dibuka. Ada anak mancis tak yang boleh digunakan. Maaf tak dapat berceloteh panjang.

Anak2 sudah mula menangis.

Nukilan
PF

Saturday 18 November 2017

Cerpen - Tiada Lagi Raya Untuknya


TIADA LAGI RAYA UNTUKNYA

Sekian lama aku tinggalkan kampung halamanku. Tidak pernah sekalipun aku menjenguk muka. Kali terakhir barangkali ketika emak menutup mata. Bukan apa, lantaran kecewa. Lantaran nestapa melanda jiwa. Aku sukar menghadamkan sebuah kepermergian, insan yang amat ku cintai, amat ku sayangi dunia dan akhirat. Emak yang mengandungkanku sembilan bulan dan sepuluh hari itu.

Aku bawakan rajuk dan lara di hati. Merantau ke dunia asing yang tidak pernah aku terokai selama ini. Manakan tidak sedikitpun aku tidak pernah berenggang dengan ibu bapaku. Mereka memanjakan dan menuruti segala kehendakku. Selagi kederat mereka dikandung badan.

Teringat suatu ketika, aku dan abah tiba di Kedai Kasut Bata. Abah meminta aku memilih kasut raya yang aku sukai. Lebih kurang setengah jam memilih, lantaran dek rambang mata. Akhirnya aku terkesima di hadapan sebuah kasut yang berharga RM29.90. Aku merengek dekat abah mahukan kasut itu. Walaupun dalam hati abah, peruntukkan untuk aku beli kasut hanyalah RM25.00. Kasih seorang abah, dibelikan jua untuk aku. Aku gembira terlonjak-lonjak dan kucup pipi abah.

Langit tidak selalunya cerah. Kasut yang kuidamkan disamun penagih dadah. Kasut pada waktu itu disimpan dan diikat di dalam bakul motosikal. Manalah boleh diduga, kasut idamanku hilang pula. Aku menangis berhentak kaki. Orang lalu-lalang tidak aku hiraukan. Merona kemerahan wajah abah menahan malu anak gadisnya meroyan merajuk akan kehilangan kasut idamannya. Beristifar dalam hati, hendak marahpun bulan Ramadan. Siapa sangka kasut tidak berkaki boleh berlari.

Abah pujuk aku. Abah cakap duit dia tidak duit sekarang. Minggu depan kita pergi lagi ke Kedai Kasut Bata. Abah toreh getah dulu kumpulkan duit untuk beli semula kasut baharu. Kalau ada rezeki kata abah, jika kasut yang sama coraknya tidak habis lagi, dapatlah aku merasa pakai kasut yang sama. Jika tidak, aku kena pasrah dengan takdir Allah. Aku terpujuk kerana kasihan abah. Bukan salah abahpun kasut itu. Aku minta maaf pada abah. Aku dakap dia sebab aku sayangkan dia.

Minggu depannya abah tunaikan janjinya. Kali ini abah pergi beli sendiri kasut idamanku. Syukur masih ada stok yang sama. Merasalah aku beraya dengan kasut yang sebenarnya blink, blink coraknya. Aku gembira dan sangat gembira. Sampaikan tidurpun, kasut itu aku peluk. Terdekah-dekah abah gelakkan aku. Lantaran kelakar katanya. Manakan tidak, aku sayangkan kasut itu. Tak mahu dia hilang buat kali kedua. Kasihan abah hendak menoreh cari duit lagi belikan aku kasut baharu.

Aku melangkah lesu tuju ke pintu utama. Ada kelibat seorang wanita mendapatkan aku.

"Terima kasih kerana balik jenguk abah. Dia terlalu rindu." Mak tiri aku bersuara.

Sempat aku melihat, sekujur tubuh terlantar kaku. Turun naik nafasnya. Aku letakkan beg galasku di tepi katil tempat abah berbaring.

'Ya Allah, rindunya aku pada sekujur tubuh yang dahulunya gagah dan tegap. Kacak dan tinggi orangnya. Akibat sakit tua memamah diri, kurusnya dirimu. Melidi diri.' Air mata tidak tertahan lagi. Kasihan dia tanggung penderitaan. Deritakan sakit dan deritakan kerinduan tidak bertepian pada anak kesayangannya. Mujur aku sempat berdepan dengan wajah kusamnya, mujur aku tidak jadi anak derhaka.

"Abah maafkan adik merajuk terlalu lama. Adik rindu sangat pada abah. Adik janji adik akan jaga abah selepas ini. Adik takkan pergi lagi. Adik janji dan adik minta maaf." Aku kucup dahinya lama-lama. Aku kucup belakang tangan kanannya. Aku terpesona pabila wajah kusam itu tersenyum nipis.

"Abah sangatkan adik. Abah dah maafkan adik. Tapi abah sakit. Abah tidak larat nak belikan kasut raya adik lagi. Macam dulu-dulu." Abah tersenyum. Dalam kesakitan boleh lagi abah buat lawak.

"Abah ni, adik dah boleh beli sendirilah. Tak perlu bonceng motosikal dengan abah lagi. Adik dah siappun belikan baju sedondon untuk raya ni. Buat abah dan mak tiri sekali. Kita raya sama ye." Abah angguk lesu. Aku lihat ada linangan air mata di pipinya. Bibirnya menggumam sesuatu. Kedengaran kalimah syahadah lancar dilafazkan walaupun agak perlahan diungkapkan satu persatu. Apakah itu tanda noktah abah dengan aku.

'Ya Allah. Janganlah kau ambil dia daripada aku.' Perlahan-lahan genggaman tangannya melonggar. Aku beranikan diri renung wajah lesunya. Matanya sudah terkatup rapat. Aku dengari nafasnya, ku lekapkan telinga ke dadanya. Sepi dan sunyi. Terasa ada tangan yang memegang bahuku. Aku palingkan wajah pandang pada wajah mak tiri aku. Dia menggelengkan kepalanya tanda abah sudah hembuskan nafas terakhirnya menghadap Ilahi.

Aku pasrahkan kehilangan insan yang kusayangi selepas emak. Aku uruskan pengkebumian jenazahnya sehingga selesai.

"Adik, nanti adik tengoklah dalam almari baju ya. Abah ada tinggalkan sesuatu untuk Adik." Kata mak tiriku menahan sebak.

Aku buka daun pintu almari itu perlahan-lahan. Ada tersimpan elok lima buah kotak kasut, bersamaan lima tahun juga aku merajuk diri. Setiapnya terselit satu resit pembelian yang agak kabur tulisannya. Aku tidak mampu menahan sebak. Memang benar aku tidak putus kirimkan wang saku untuk perbelanjaan abah. Namun ada satu nota yang paling meruntun hati aku membacanya.

ABAH RINDUKAN ADIK. JIKA ABAH TAK MAMPU TATAP WAJAH ADIK SEBELUM AJAL, MOGA KASUT-KASUT INI BOLEH TERUS UBATI RINDU ADIK PADA ABAH. SAYANG ANAK ABAH.

"Ya Allah, ampunilah dosa abah dunia dan akhirat. Damaikanlah dia di sana. Semoga abah ditempatkan di kalangan insan beriman. Amin."

AL Fatihah buat Haji Ahmad bin Haji Chik & Hajjah Siti Ruhani binti Idres.

#didedikasibuatyangtiada
#abaikantatabahasadankesilapan
#ideaspontanselepassahur
#salamramadan

Antologi Anugerah Sebuah Cinta

Tajuk Cerpen; Sinar di Sebalik Sirna



Azila Aina mengesat sisa-sisa air mata yang masih berbekas membasahi pipinya. Siapa yang mampu menduga, kasih sayang dan kesetiaannya dinodai oleh insan yang dipercayai mampu menjadi khalifah sepanjang hidupnya.

               Sekilas kejernihan air sungai yang mengalir, menampakkan bayangan wajahnya. Kelihatan di bawah kelopak matanya agak sedikit kehitaman. Terlalu banyak air mata yang Azila Aina rembeskan sejak perpisahan itu terjadi. Terasa kontang juga tangki air matanya. Dipaksa keluar tiada henti sedangkan stok air mata yang baharu, belum sempat diproses lagi. Namun apa yang tersurat tidak mampu ditarik semula. Mungkin Maha Pencipta mempunyai perancangan lebih baik untuk Azila Aina. Hanya dia kurang yakin memulakan langkah baharu tanpa insan bernama Taufiq Ikhwan di sisinya.

               Azila Aina mengeluh sedalam-dalamnya. Dia perlu kembali bangkit dan tidak boleh terlalu alpa dengan kesedihan ini. Hatinya harus dipujuk dari  terus meratapi perpisahan ini. Jika difikirkan kembali, bagaimana perpisahan ini tidak diratapinya. Terkilan sungguh rasa hati lantaran sebulan lagi sepatutnya dia menjadi yang halal buat Taufiq Ikhwan. Kejam sungguh kau, Taufiq Ikhwan! Mencarik maruah gadis ini di telapak kakimu.

               “Sampai hati abang buat Ila begini? Apa dosa Ila pada abang?” Fikiran Azila Aina melayang mengimbas detik pertemuan terakhirnya bersama Taufiq Ikhwan. Lelaki itu hadir sekali, mengiringi ibu bapanya semasa memutuskan ikatan pertunangan mereka.

#apakah Azila Aina bertemu Sinar Di Sebalik Sinar Kehidupannya???
#Siapakah yang menyapu air matanya?
+×+×+Dapatkah kesudahannya dalam Antologi Cerpen Anugerah Sebuah Cinta.

Insya allah..pelbagai kisah cinta dalam sebuah buku. Jom beli. Sokonglah karya penulis-penulis baharu yang bakal gegarkan tanahair...beberapa tahun lagi...hashtag#bukanperam10tahunlagi.

Kamilah barisan adik-adik didik kak UmieNadzimah2015.
Jom order segera. Edisi terhad. Boleh hubungi saya untuk memilikinya.

Ada cerpen bonus Kak Umie Nadzimah selaku cikgu kami.

Terima kasih Kak UmieNadzimah2015 di atas tunjuk ajar dan rakan2 yang terlibat seperti FarizaAbuBakar, SriWahyuniIrwanWahyu, EmmaKasim, Mamizubi65,SerraDiex,fatimkhairani, Amirul_MK, Norhanisamila, QasehkuAdiera, CheZulkifli, dan ramai lagi.

15.11.2017

15.11.2017

Ye, semalam pergi klinik suhu badan Firuz, mencecah 39.°C. Suami pun sudah berjangkit demam. Mmmm...pasrahkan hati. Kentalkan jiwa...Semoga dipermudahkan segalanya.

Baiklah, jangan bercakap sangat pasal kesayangan yang sedang sakit. Makin gundah gelana saya naik.

Sudah lama saya tak berpantun. Belanjalah pembaca sikit, nak tak;

Anak kedidi, di tepi perahu,
Anak ayam, terjatuh parit,
Ayuh kita, bersusah dahulu.
Berjaya kelak, tidaklah perit.

Kambing coklat, meragut rumput,
Anak kucing, berlari di taman,
Diuji sedikit, jangan merungut,
Dah puas bahagia, kini diuji tuhan.

Kalau ke hulu, ikutlah darat,
Tidak nanti, dihanyut ke hilir,
Janganlah asyik mengeluh berat,
Berdoa tawakallah, bak air mengalir.

Tupai seekor, mengupas kulit,
Monyet tak sabar, hendak mencuri,
Biarkan pakai tudung melilit,
Tapi aurat, tidak dicemari.

Sekian  dulu.

Nukilan;
Nafsiah 15.11.2017

14.11.2017

14.11.2017

Beberapa hari saya tertinggal bingkisan harian saya.
Saya cuba kejar balik, insya allah.

Hari ini, anak bongsu saya demam. Tu yang cukup membuatkan saya keletihan dan layu.
Pengorbanan seorang bergelar mama, jika anak2 sakit mereka lebih selesa dengan kita.
Macam anak bongsu saya, pandai memilih jika orang lain buat susu pun tahu. Bukan dia hendak minum, dibaling terus botol itu. Silap haribulan, pasti pembancuh susunya bakal berkecil hati dan merajuk.

Tahun depan dia sudah meniti umur 4 tahun. Walaupun pelat, insya allah dia bakal bersekolah tadika. Tak sabar tengok dia membesar lagi dan lagi. Mulalah saya pandang bayi kecil. Geramkan tengok kecil-kecil comel. Tapi saya tak dinasihatkan mengandung lagi kerana masalah kesihatan.

Ok kita berhenti di sini, bayi tua saya menangis dan merengek lagi. Nak bawa pergi ke klinik. Tapi jam sudah pukul 10.15 malam. Risau pula tengok dia letih dan lesu. Di luar tak rasa panas, sebab biasanya dia akan panas dalam.

Nukilan;
Nafsiah 14.11.2017