Dipanjat tangga kayu rumahnya dengan
pantas. Manisah
ke dalam biliknya dan berselubung dengan selimut. Sayangnya dia terasa sesuatu merayap seluruh tubuhnya.
Manisah mula menangis teresak-esak. Sesekali mahu sahaja
dia meraung ketakutan. Dia teliti apa yang meniti di lengannya tadi. Ulat-ulat dan cacing tanah sedang sibuk merayap ke seluruh
badannya. Terlompat-lompat Manisah kegelian.
Dilibas dan dikebas seluruh badannya.
Suara mengerang
dan rengusan itu semakin
kuat meliputi seluruh
rumahnya.
“Jangan ganggu aku. Jangan kacau aku. Aku tidak
ada
hutang dengan kau!” Manisah
jerit sekuat hatinya.
“Ibu bapa kau yang berhutang dengan aku. Aku mahukan
kau sebagai penggantinya.” Suara garau dan parau itu bertempik lagi.
“Kenapa
aku? Bukan aku yang berjanji dengan
engkau.” Manisah beranikan
diri menjerit
“Aku kata aku nakkan pengganti. Kau mesti jadi waris.”
Manisah menjerit
lagi.
“Tidakkk!!!” Suara garau dan parau itu terus menerus
ketawa bersambung-sambung.
“Dulu bapak kau larikan
diri. Sekarang dia bertapa di perkampungan bunian belakang pokok sana. Tak
boleh balik ke sini lagi lepas
perjanjian mereka.” Manisah menutup telinga. Dia bagaikan
tidak percaya.
“Tidakkk…Bapak aku dah mati…”
Manisah makin kuat bertegang
urat dengan seekor makhluk
hitam yang menjelma
di hadapannya.
“Kau kena tipu. Mana kuburnya
jika bapak kau dah mati.”
Lembaga ketawa berdekah- dekah. Ada benarnya,
kata-kata makhluk itu. Jika mati, mana kuburnya. Tidak pernah sekalipun dia melawat kubur ayahnya.
“Kamu syaitan direjam. Nyah kau dari sini. Sebelum aku buat kau menyesal…”
Manisah mula melaungkan kalimah-kalimah suci Al-Quran yang terlintas di benak.
“Aku nak ada aqad janji dengan
kau saja. Kau jadi jaga aku.” Manisah
menggeleng lagi.
“Jangan kau mimpi. Kau syaitan
dilaknat. Kau takkan terpedaya.” Makhluk itu semakin galak ketawa.
Dia mendekati Manisah.
Kita mata bertentangan mata, jaraknya hanya sejengkal sahaja.
“Kau degilkan. Mak kau juga akan mati! Hahahahaa…” Busuknya bau mulut makhluk itu. Sengaja
dia sentuh muka Manisah dengan
tangannya yang berbulu lebat. Manisah terasa bagaikan
mahu terkencing ketakutan.
“Mak kau akan mati. Mati dan matiiii…” Lembaga itu ketawa semakin angkuh. Tiba-tiba ribut melanda
persekitaran rumah Manisah agak kencang.
Pepohon hijau yang merimbun meliuk-liuk. Desiran angin semakin
kuat, angin kelihatan berpusar-pusar.
Beberapa dahan pohon kedengaran jatuh menyembah bumi. Pohon ara tua itu juga tidak terkecuali beralun-alun bagaikan
mahu tumbang.
“Mak…Mak…Baliklah mak. Jangan tinggalkan Manisah makkk…” Manisah gusar. Dia berlari
pantas ke arah pokok ara itu. Merintih dan merayu.
“Mak…Mak…Baliklah. Apa semua ini mak? Tolonglah beritahu Manisah. Manisah tidak mahu janji mangsa iblis, mangsa syaitan. Apa
yang mak dan ayah janji dengan mereka?” Manisah melutut dan terpelusuk di akar pohon ara itu.
“Mak…Tolonglah keluar
dari sini mak. Manisah takut mak…” Manisah
menangis dan meratap bagaikan orang gila. Orang sasau.
“Manisahh!!!” Terkejut
Manisah terdengar suara
jeritan itu seiringan dengan
bunyi dahan pokok tumbang. Suara seperti
suara Mak Itam.
Manisah mendapatkan Mak Itam yang terhempap dengan darah pokok itu. Segera Manisah
mendapatkan sekujur badan itu. Dialih dan dibuang dahan itu. Manisah memapah Mak Itam balik ke rumah limasnya. Dipeluk
erat dan berlumuran darah di kepalanya. Darah tidak henti-henti memancut keluar.
“Mak. Apa yang jadi sebenarnya?” Manisah meraung. Tangan menahan
darah yang mengalir
dengan kain yang berjaya
dicapainya.
“Maafkan mak, nak. Mak dan abah hanya fikirkan
keselamatan kau. Kami adakan perjanjian bunian, penjaga asal tanah kita duduk ini. Kita kena pelihara
tanah ini dengan patuh kepada ajaran Islam. Sayangnya
minggu lepas, ada pasangan
kekasih berzina dalam semak ini. Pintu pagar yang wujud sudah terbuka.”
Terkejut Manisah
mendengar penjelasan Mak Itam. Mak Itam cuba juga meluahkan, walaupun nadanya
lemah.
“Kawasan kampung
kita ini keras, Manisah. Banyak orang buang saka sana sini.
Mak dan ayah tak nak buat kerja khufarat. Saka milik arwah atuk dan nenek asyik kita sekeluarga. Minta kira mewarisi mereka.” Dada Mak Itam kelihatan turun nafas. Namun dia tetap berusaha untuk terangkan kepada
Manisah.
“Penjaga tanah ini tidak akan kacau kita. Mereka sangat setia. Sebagai
balasan, ayah kau kena duduk jadi penghulu
dekat dunia mereka. Tak boleh balik ke dunia kita lagi. Jika ke sini, ayah kau akan gila. Hanya mak dibenarkan bertemu dengan
ayah sebulan sekali
ketika bulan purnama
penuh.” Manisah meraung
bila dengar ayah dan emak terpaksa berkorban
demi keselamatannya.
“Manisah, jika mak dah sampai
ajal, tolong mak uruskan
sesuatu ye…” Tangan kanan Mak Itam mengusap wajah mulus anak daranya itu.
“Bungkusan daun pisang
itu, ada janin anak luar nikah.
Tolong kebumikan
mayatnya malam ini juga walaupun ada sebarang
rintangannya. “ Mak Itam menafas nafas lagi dalam- dalam.
“Terimalah bunian itu sebagai
kawanmu. Dia akan tolong jaga kau baik-baik. Dia hanya ingin tumpang kelak di sini. Usah bertuhankan mereka, mereka baik!”
Jelas Mak Itam.
“Cepat-cepat khatamkan Al-Quran sepenuhnya. Pagar kawasan ini akan terbina sendiri.” Manisah
usapkan kepala dan dikucup
dahi emaknya. Manisah anggukkan
kepala faham arahan Mak Itam.
“Dahlah mak. Jangan bercakap lagi.” Akhirnya genggaman tangan Manisah
dan emaknya terlonggar. Mak Itam sudah
meninggalkan Manisah.
Jadilah dia anak yatim piatu. Manisah meraung
kesedihan. Namun dia pasrah, berhasrat untuk kekalkan
kedamaian tempat
tinggalnya.
Manisah membaringkan sekujur kaku tubuh Mak Itam dan diselimutkan jasad itu. Janin yang Mak Itam mahukan Manisah
sempurnakan diambil dan ditanam di pangkal
pohon ara itu. Manisah
sempat melihat dia dikelilingi dengan lembaga
berjubah putih.
Mungkin ini bunian yang Mak Itam maksudkan. Bersyukur jasad janin itu selamat dikebumikan.
Keesokan harinya, Manisah menyempurnakan jasad Mak Itam. Manisah
menyelesaikan wasiat Mak Itam agar khatam Al-Quran secepat mungkin. Dia sering tertidur
dengan baju kotor Mak Itam kerana dilanda kerinduan tiada bertepian.
Manisah bermimpi…
“Kau setujulah jadi waris kami. Kami dah jaga ayah kau. Sekarang tinggal kau saja. Kau boleh belajar
ilmu batin untuk tolong
manusia berubat.” Manisah didatangi dengan beberapa jasad berjubah dan berserban
putih. Manisah berfikir sejenak.
“Aku tak nak warisi apa-apa daripada bangsamu. Aku nak kekal aman sendirian. Kaum kerabat
kau boleh duduk di sini tanpa ganggu akukan.” Mereka
berpandangan di antara satu sama lain. Wajah mereka tidak jelas.
“Cukuplah kau dah ambil ayah aku. Izinkan aku hidup aman di sini. Kau jaga sahaja hak kau. Aku tak bantah.”
Manisah bertegas.
“Baiklah aku tak boleh paksa. Jika kau tak mahu jadi waris kami,
tidak mungkin kami benarkan
kau jumpa ayah kau lagi. Kau kena sedia
berpisah dengan ayah sepenuhnya.” Manisah terangguk-angguk.
“Jika itu pengorbanan untuk
kebahagiaan aku dan keturunanku, inilah keputusan muktamadku.” Manisah terjaga daripada lenanya. Tidak sangka dia berbincang dengan makhluk itu dalam mimpinya.
Mujur dia tidak berhutang apa-apa lagi.
Kini Manisah bebas daripada gangguan makhluk-makhluk itu. Dia juga merantau
jauh ikut saudara mara yang sudi menjaganya. Tidak lagi Manisah kembali ke tanah pusakanya
itu. Dia juga tidak diganggu. Damailah emak dan ayah di sana. Izinkan Manisah berjaya dunia dan akhirat tanpa tercemar
dengan perkara-perkara khurafat.
Percaya pada kekuasaan Allah tidak akan buatkan kita patah semangat. Mengejar nikmat dunia perlu seiring dengan akhirat.
Percaya kepada alam ghaib tidak ada masalah.
Mereka juga ada keistimewaan dan kenakalan sendiri. Kita perlu tabah berhadapan dengan mereka.
Jangan mangsa walaupun nyawa berada
di hujung tanduk sekalipun.
TAMAT
No comments:
Post a Comment