Bab 1 ~ Lepaskan Tekanan (Part 1)
Zaf
melangkah laju ke pintu masuk. Kad pengenalan dihulurkan kepada bonzer kelab. Belakang tangan dicop
dengan lambang kelab esklusif itu.
"Tak
pernah nampak," tanya bonzer
kelab itu tanpa senyuman. Seluruh badan Zaf diimbas dengan alat khas untuk
memastikan tiada barangan logam atau senjata dibawa masuk.
"Baru
lagi, member kenalkan tempat ni.
Mereka kata best."
"Memang
best tapi jangan bikin kecoh,
faham!" Entah kenapa bonzer
kelab itu, menyimpan syak wasangka pada dirinya. Berbekalkan senyuman nipis, Zaf
mengangguk tanda faham.
Melangkah
masuk ke dalam kelab itu, gegendang telinga terus menangkap alunan muzik rancak
yang agak kuat dan membingitkan.
Zaf
terasa musykil, di mana keseronokan yang dicari? Terkinja-kinja di sana sini. Jika
menari dikatakan keluarkan peluh, dekat kelab ini semuanya dipasang dengan
penghawa dingin. Baru peluh menitis, tak sampai beberapa saat sudah kering
kembali.
Lampu
berkelip-kelip mengikut rentak muzik yang dipasang oleh DJ. Suasana agak samar-samar,
sukarkan Zaf mengecam figura yang dicarinya. Diteliti satu persatu manusia-manusia
yang ada di situ. Bau air setan cukup menusuk ke rongga hidungnya. Lagak
aksi-aksi ghairah gadis-gadis seksi yang berpakaian seakan telanjang cukup
mengiurkan. Lelaki-lelaki spesis ulat
bulu naik daun, tidak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan.
Muzaffar
atau lebih mesra panggilan Zaf, menghela nafas panjang. Terpaksa dipekakkan
telinga dan dibutakan matanya sekali lagi. Keterpaksaan, Zaf jejakkan kaki ke
kelab malam esklusif ini, demi Nurul Ain. Gadis yang sama-sama membesar
dengannya sejak kecil. Beza usia di antara mereka lebih kurang enam tahun.
Hubungan
mereka terlalu rapat, ibarat hubungan abang dan adik. Setiap inci rahsia Ain, elok
berada dalam genggaman Zaf. Zaf juga rapat dengan Lebai Syakir, ayah angkat
Ain. Zaf memang rajin jejakkan kaki ke masjid terutama waktu Maghrib dan Isyak.
Sesekali
dia akan menolong Lebai Syakir apa yang patut di masjid. Senang dengan sikap
Zaf yang kelihatan seperti seorang yang berbudi, Lebai Syakir mengamanahkan Zaf
menegur dan memantau perangai liar Ain. Ain memang agak degil tapi apabila
dengan Zaf, Ain jadi pendengar kata pula.
Zaf
menggaru kepala yang tak gatal. Ramai pula pengunjung kelab malam ini. Kelibat
Nurul Ain tidak kelihatan dan ditenggelami sekali. Nasseer, adik angkat Nurul
Ain tidak mahu menemaninya masuk ke dalam kelab. Terpaksalah dia harungi
mencari Ain sendirian.
Akhirnya
Zaf berjaya mengesan Ain di hot spot
gadis itu. Asyik Ain terangguk-angguk dan tergeleng-geleng kepala, begitu asyik
menghayati muzik. Ada pula seorang lelaki lain yang cuba mendampingi gadis itu.
Setelah pasti, gadis itu adalah Nurul Ain, Zaf panjangkan langkah. Risau jika
lelaki tadi cuba mengambil kesempatan. Payah Zaf hendak menjawab dengan Lebai
Syakir nanti.
"Ain
buat kat sini? Jom balik!" Teriakkan suara garau Zaf, buatkan Nurul Ain
menoleh. Ain senyum melirik, apabila melihat pengawal peribadi tak bergajinya
sudah muncul.
"Hey,
Zaf. Buat apa dekat sini, sayang?" Ain terus mendakap manja dan lentukkan
kepalanya ke bahu Zaf yang bercekak pinggang di sebelah. Hilang rasa gerun dan
tidak termakan langsung dengan tenungan tajam Zaf.
"Zaf
cari Ainlah. Kalau tak, tak ingin Zaf jejakkan kaki kat sini." Zaf lemah
bila Ain mula jadi sotong. Lengan Zaf dipaut erat-erat.
"Alah...
Ada-ada je Zaf ni tau! Mesti ayah yang suruh jejak Ain sampai sini kan?”
Kata-kata Ain langsung tidak meninggalkan bekas dalam diri Zaf.
"Apasal
Ain tak balik rumah semalam?"
"Eh,
Ain baliklah. Siapa cakap Ain tak balik? Tak baik main tuduh-tuduh tau! Ada
bukti ke?"
Zaf
mengeluh dalam-dalam. Mata Zaf melingas pandang ke arah keliling. Sungguh dia
tidak selesa dengan hiruk-piruk dalam kelab malam itu. Entah apalah yang
seronok sangat. Terkinja-kinja menari dengan muzik rentak. Menghirup air
syaitan itu berbotol-botol. Lelaki dan perempuan, menari bergesel-geselan.
Berseronok sampai tak tahu halal daan haram.
"Kalau
Ain balik, kenapa lebai tak perasan? Takkan lebai nak berbohong!"
"Alah,
ayah tu suka bikin kecoh tau. Ain balik pukul tiga pagi. Tidur dua jam je.
Sebelum subuh, Ain dah keluar balik. Ada meeting kat Bukit Tinggi pukul 10
pagi. Mana ayah nak sempat tengok kelibat Ain." Menggeleng Zaf dibuatnya.
Zaf
pandang Ain atas bawah. Seksi sungguh gadis itu. Pakai mini T-shirt, menampakkan
lurah dendamnya. Berseluar pendek ketat paras peha. Berbezanya Ain tak minum
arak. Dia datang ke kelab malam pun untuk berhibur dan dengar lagu katanya.
Zaf
tetap rasa kecewa. Ain sudah mula berjinak-jinak dengan pil khayal pula.
Beberapa kali Ain terkantoi dengan Zaf. Bila dia sengaja buat spot check beg tangan Ain, mesti
terselit pil-pil khayal itu dalam bungkusan ubat-ubatan biasa. Sudah
berbakul-bakul nasihat dilontarkan, Ain masih buat pekak badak saja.
"Berapa
biji Ain telan malam ni?" Ain tak jawab, dia balas dengan senyuman saja.
Pautan pada lengan Zaf dieratkan. Kepala Ain terasa berat, macam ada batu
bertan-tan.
Jika
tidak sebab Lebai Syakir sering mengadu dan pinta tolong tengok-tengokkan
gerak-geri anak gadisnya, tentu Zaf tidak jejakkan kaki ke sini.
"Temankan
Ain minum. Bosanlah. Peter, Matthew dan Shereen semuanya tak jadi datang. Ada
masalah dekat tapak projek pulak!"
"Ain
masih tak serik eh? Bukan Matthew ke tu, yang nak jual Ain pada klien projek
megakan?" Ain angguk perlahan. Zaf merengus dan kedua-dua bahu Ain
dicengkam erat.
"Kenapa
Ain masih kawan rapat dengan mereka?" Bahu gadis itu digegar kuat.
Kelihatan Ain semakin lemah, penangan pil khayal yang beraja di perut Ain.
"Mana
boleh elak? Matthewkan leader Ain.
Projek Mega Puncak Alam tu pun, projek Ain juga. Dia kata kalau Ain berbakti
sekali, Ain dapat komisen lebih. Jadi apa salahnya?" Segelas soda di hadapannya
terus diteguk laju.
"Berbakti
sampai nak gadaikan body? Gitu?"
"Hey,
choy. Belum lagi tau. Apa, ingat Ain
tak pandai jaga diri ke?" Suara Ain sedikit meninggi.
"Apa-apa
sajalah. Ain memang suka susahkan Zaflah. Balik sekarang, lebai risau!"
"Ain
bukan budak-budak lagilah. Asyik kena menurut je, rimas!" Ain mula buat
muka.
No comments:
Post a Comment