Monday, 13 November 2017

13.11.2017

13.11.2017

Hari ini merupakan hari isnin biru. Bak kata omputeh Monday Blues.

Mana datangnya, kata2 ini saya pun tidak pasti.
Sepatutnya isnin perlu memotivasikan hari2 yang lainkan.
Mana taknya, hasil yang cemerlang adalah daripada permulaan yang gemilang.
Wah, berkobar2 kononnya.

Duduk di atas kerusi sahaja di tempat kerja, terus dihadiahkan dengan persoalan daripada COO. Maka menjawablah emel dengan budi bicara dan bunga2 kata. Keputusannya tunggulah esok. Pasal Germany kerja masa kita tidur,

Gigih juga menyiapkan antologi puaka saya.

Nak sedutan tak;

“Mmmm… Sedap darah kau. Manis. Nyummy!!!” Puji Mary. Mary menggilai lagi. Kali ini lebih membingitkan telinga Jamilah.

“Aku, lama dah lepak dalam piala ni. Ada ustaz tu, perangkapkan aku di sini. Selagi aku tak terkena darah, aku akan duduk di situ selama-lamanya. Terima kasih sebab kau lepaskan aku.”

‘Pandai pula hantu berterima kasih. Ingatkan hantu tahu hisap darah je,’ gumam Jamilah dalam hatinya. Wajah lembaga itu masih bersisa darah Jamilah yang tidak seberapa.

Sayup-sayup kedengaran bunyi kucing mengiau. Lembaga itu seolah-olah berminat. Kepala dan tubuh lembaga itu kembali bergabung.

“Aku laparlah, lama sangat duduk dalam piala tu. Ada adik aku pun sudah menangis pinta makanan. Tapi aku tamak, dah habis semuanya,” jelas lembaga putih itu tanpa disuruh.
“Kau ada adik?” Tanya Jamilah.

“Ada. Nanti aku beritahu, kejap aku nak keluar cari makanan. Terlepas nanti payah,” Berdesup hilang lembaga itu dengan kepulan asap.

■ seramkeidok
#takadatajuklain

Adios untuk hari ini. Jumpa esok ye!

Nukilan; Nafsiah

No comments:

Post a Comment