Sunday, 3 December 2017

Sah Aku Milik Dia! Bab 4 - Part 1

Bab 4 - Part 1




Nada lagu Despacito, berulang-ulang lagi berlagu dekat telefon bimbit aku. Aku bagaikan diulit mimpi indah. Rasanya aku sedang elok menari-nari bersama dengan Luis Fonsi dan terbayang-bayangkan Justin Bieber sekali bernyanyi bersamaku.


Sejurus, sekejapan disusuli pula dengan ketukan pintunya bertalu-talu.


"Shimah, Raihan sudah lama sampai. Cepat bangun dan bersiap cepat." Jeritan ayah buatkan mata aku segar.


"Kejap, kejap!" Aku jerit kembali. Sekali lagi lagu Despacito beralun kembali. Agak malas dan lambat aku meleretkan butang hijau dan bawa telefon bimbit itu melekap di telingaku.


"Awak ni jenis tidur mati ke apa? Naik bengkak hujung jari saya dail nombor awak. Macam mana awak boleh tidur mati tak sedarkan diri ni? Awak bangun solat Subuh tak?"


Ambil kau, sekali Raihan membebel macam bertih jagung rancak meletup-letup. Mencanak tegak roma tengkuk aku dibuatnya.


"Hashimah Aqila binti Haikal. Seorang gadis sopan, beradab, berakhlak, yang baik budi, bijaksana dan boleh dipercayai. Solat subuh tak pagi tadi?" Raihan terus memanggil nama penuh aku siap dengan maksudnya sekali. Kira balas dendam dengan aku semalam ke? Semalamkan aku huraikan dulu maksud nama dia.


"Bagi saya 10 minit. Kejap lagi saya jawab soalan cepu cemas awak tu, okay."


"Pakai baju yang saya bagi pada ayah awak. Cepat tau." Talian telefon aku terus putuskan.


Perlahan-lahan aku buka pintu bilikku. Cadangnya hendak mencari kelibat ayah tapi terbantut. Tak semena-mena aku tersepak sebuah beg kertas yang terletak elok di hadapan muka pintu.


Aku membelek dan keluarkan isi kandungannya. Ada sepasang jubah seluar merah hati berjenama Maryam. Ada sehelai juga tudung sarung senada warnanya. Tak cukup dengan itu, sehelai anak tudung dan stokin kaki pun ada sekali. Amboi busana muslimah sungguh ni!


"Apa maksud dia agaknya? Nampak gaya macam dia dah mula tentukan hal hidup aku. Ini baru pakaian aku, esok ke lusa apa pula agaknya ye? Masak aku nanti!" Tertelan aku air liur sendiri. Patutlah semalam beriya-iya Raihan tanyakan saiz pakaian. Ini rupanya misi rahsia dia.


Aku janjikan tadi 10 minit tadi saja. Tak sangka pula, akhirnya terlajak hingga ke setengah jam. Aku mula pasangkan kekuda yang agak padu untuk berhadapan dengan Raihan.


Sila rela merahkan kedua-dua belah telinga sebentar nanti. Aku bagi salam pun dia jawab berbisik saja tanpa menoleh aku. Hati aku meronta-ronta pinta dipuji. Nampaknya bila Raihan jadi ketul ais maka wajah itu bakal mengejilah jawabnya.


"Maaf Han, sampaikan setengah jam awak tunggu saya. Lagipun saya tak biasalah kenakan pakaian alim sangat macam ni,” panjang lebar alasan aku berikan.


"Mmmm, yalah tu. Alasan semata-mata. Sebenarnya dah kantoi dengan sayakan, penangan tak solat Subuh tadilah tu."


'Alamak mana dia tahu?' Aku lihat dia menjeling tajam, namun sekali lagi jantungku berdegup kencang apabila terpandang wajahnya yang tegang. Raihan terus berlalu masuk ke dalam kereta dan pintunya dihempas kuat.


‘Hai sentap, masuk kereta tak jemput akupun,” Aku juga masuk ke perut kereta tanpa disuruh walaupun mulut terkumat-kamit seperti membaca mentera.


"Panggil saya abang atau panggilan yang awak rasa sesuai. Tunjukkan sikit awak hormatkan saya, okay." Arahan Raihan dengan nada keras berkumandangan.


"Saya panggil abang jelah. Dan terima kasih bagi saya jubah ni." Aku cuba membeli hati Raihan.


"Ayah awak baru beritahu abang tadi?”


“Hah, beritahu abang apa?” Aku tak sabar-sabar hendak tahu.


“Ayah nak awak terus keluar rumah selepas habis majlis.”


“Sampai hati ayah,” aku berjeda.


“Saya tak faham kenapa ayah awak beriya-iya nak kahwinkan anak sendiri dengan orang asing. Lepas tu nak sangat usir dari rumah. Apa sebenarnya yang dah awak buat Cik Hashimah Aqila?" Raihan cuba memerangkap aku dengan soal demi persoalan. Aku mengeluh.


"Saya baiklah. Mana ada buat benda-benda tak elok! Abang pun tahukan saya difitnah, abang pun jadi mangsa bersamakan." Aku membela diri.


"Ke awak dah mengandung anak luar nikah? Nanti kita buat pemeriksaan kesihatan, saya nak doktor periksa semuanya. Saya tak nak ambik bekas orang ni." Tegas Raihan lagi.


"Kepala otak awaklah. Cubalah berfikir secara logik sikit, macam mana hidup saya dikawal ketat oleh ayah selama ni. Tak pasal-pasal baru keluar sekali dengan awak dah terpaksa kahwin. Inikan pula berdua-duaan dengan lelaki lain, memang mustahillah,” Aku pula melenting bila terdengar tuduhannya yang tak berasas itu.


"Amboi main kepala otak nampak. Apa awak, awak? Apa awak ingat saya ni, burung wak-wak ke?" Raihan nampaknya nak cetuskan pertelingkahan lagi.


“Maaf saya dah terbiasa cakap macam ni dengan kekawan,” aku tunduk, tak berani pandang wajah Raihan.


"Tapi abang bukan pangkat kawan pada Shimahkan. Abang nak tahu awak memang manjakan, tak biasa hidup susah. Betul tak?” Memang penting untuk Raihan tahu tentang ini.


"Setakat ni, apa yang saya minta dengan ayah, saya dapat. Kira saya tak pernah susahlah. Kenapa?" Jawab aku jujur.


"Kalau macam abang akan susahkan awak lepas kita kahwin nanti. Awak kena belajar hidup susah. Kita tunggu dan lihat ye,” jelas Raihan selamba.
P/S: Panjang sangat. Kena bahagi kepada 2 part. Stay tuned!

No comments:

Post a Comment