Kejadian beberapa tahun lepas….
“Harrggggghh… . Aku benci perempuan curang!” Amir menepis
seorang gadis yang menangis-nangis teresak-esak sambil memeluk erat kakinya.
“Am, I merayu pada you. Tolonglah jangan buang I dalam hidup you! I merayu
sangat-sangat.”
Amir merengus bengang.
“Hey perempuan, baik you
lepaskan kaki I. You tak malu ke orang ramai tengok hah!” Dia menolak tubuh Elena sekuat
hati. Hinggakan terhumban sedikit tubuh langsing gadis itu.
“I menyesal. I mengaku salah. I terperangkap!” Elena meraung dan meratap hiba. Berterbangan sudah
imej meletup ala divanya selama ini. Pakaiannya kusut masai. Tudungnya pun
sudah senget-benget.
“Terperangkap? You
buat lawak ke apa ni, Elena?”
“Jadi masa you
tertangkap khalwat dengan Mat Saleh
tu kat hotel, ada gam gajah ke yang lekatkan you kat situ? You
ditangkap dalam keadaan bogel, you
tau tak? I ke yang bukakan baju you masa tu?”
“Semua tu salah faham!” Elena masih merayu dan merayu. Telinga
Amir sudah naik kemerah-merahan, akibat marah yang amat sangat.
Amir melangkah laju menuju ke dalam ballroom. Elena berlari-larian mengekori Amir. Kasut tumit
tingginya sudah berada di tangan, dia berlari dengan kaki ayam. Cuba mengejar
Amir yang laju mara ke hadapan.
Persiapan terakhir sebelum majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan
mereka berdua sedang rancak diaturkan. Datuk Muzaffar dan Datin Ayuni, ibu bapa
Elena serta ibu bapa Amir juga ada di situ. Terdentum kuat bunyi pintu ballroom yang dikuak kasar oleh Amir. Buatkan
semua yang ada di situ tergamam. Seluruh mata terus tertumpu ke arah Amir yang
berwajah tegang.
“Hentikan semua persiapan ni! Pelamin tu, robohkan! Musnahkan
semuanya!” Amir menjerit sekuat hati. Beberapa buah meja bulat yang sudah siap disetkan,
ditepis kasar. Habis bertaburan dan pecah berkecai segala pinggan mangkuk serta
perhiasan, menyembah ke lantai.
“Arggghhhhh… Musnahkan semuanya! Perkahwinan ini dibatalkan!”
Amir menjerit lagi sekuat hati. Kalut ibu bapa Amir mendapatkannya. Dato’
Mansor segera memeluk erat Amir. Dipujuknya jejaka itu agar beristifar.
“Kenapa ni Am? Kenapa kamu mengamuk tak tentu pasal ni?”
Datuk Muzaffar menahan rasa apabila melihat bakal menantunya seperti dirasuk
hantu.
“Sudahlah, jangan berpura-pura lagi dengan Am. Sampai hati Uncle Muz dan Aunty Ayu rahsiakan hal ni daripada pengetahuan Am sekeluarga.
Ingat Am ni apa? Lelaki dayus!” Wajah ibu bapa Elena mulai pucat lesi. Adakah
berita itu telah sampai ke gegendang telinga Amir?
“Apa yang Am merepek ni?” Datin Ayuni mencelah, masih buat-buat
tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Amir tadi.
“Muz, Ayu cuba berterus-terang? Apa yang korang rahsiakan ni?
Sampaikan Am naik angin macam ni!” Dato’ Mansor tidak puas hati.
Mesti ada perkara serius yang berlaku, jika tidak masakan
Amir naik hantu. Segera Datin Masyitah menghulurkan sebotol air mineral. Digosok-gosoknya
belakang Amir. Dipujuk agar anaknya itu bertenang. Amir beristifar
berkali-kali. Matanya berkaca-kaca seperti menahan air mata lelakinya daripada
mengalir. Cerlung kembali pandangannya kepada Elena yang masih tersedu-sedu
dalam pelukan Datin Ayuni.
“Perempuan ni curang, papa. Am, benci diperbodohkan. Mereka pijak-pijak
maruah Am, maruah kita papa! Elena ni, depan Am bukan main lagi, pijak semut
tak mati. Belakang Am, T-Rex pun boleh jadi arwah tau papa!” Kemarahan Amir
membuak-buak. Apa yang terlintas di benaknya, terus dihamburkan keluar.
“Mama, papa tengoklah gambar-gambar ni. Elena ditangkap
khalwat dua hari lepas dekat sebuah hotel dengan sorang Mat Saleh!” Dato’Mansor terus merampas sampul surat berwarna putih
daripada tangan Amir. Satu persatu gambar yang dikeluarkan daripada sampul itu
diselaknya. Mengucap panjang mereka berdua melihat keadaan Elena dan pasangannya
sungguh mengaibkan.
“Apa semua ni Muz, Ayu? Kamu berdua nak jadikan Am, pak
sanggup ke!” Giliran Dato’ Mansor pula naik berang. Datuk Muzaffar mulai
serba-salah. Dia cuba merapatkan diri dengan Dato’ Mansor.
“Bersabar dulu, Man. Kita bincang elok-elok.” Datuk Muzaffar
cuba menenangkan keadaan.
“Nak bincang apa lagi ni? Semuanya dah jelas sekarang, Muz.”
Tegas Dato’ Mansor. Dia takkan benarkan maruah keluarganya dicalar walaupun dengan
kawan karibnya sendiri.
“Sanggup mereka sogok media. Sogok sana sini untuk tutup hal
ni. Pegawai pencegah maksiat pun, mereka nak sogok, papa. Tapi sayang tak semua
kejahatan dalam dunia ni dapat ditutup dengan wang ringgit!” Tambah Amir.
“Bila Am rasa tindak-tanduk Elena agak mencurigakan, Am
arahkan Mizan dan Rizal intip dia. Tak sangka pula dia terkantoi sampai macam
ni!” Amir meraup wajahnya. Bengang yang tidak terkata.
Gila tak kecewa, bila bakal isteri sendiri curang. Memang
Amir terasa ditipu hidup-hidup. Ramai saja, rakan-rakan Amir yang menyampaikan
perilaku tunangnya itu. Namjn Amir masih beranggapan positif, tak mahu ambil
pusing langsung.
Elena yang dikenalinya, berpenampilan cukup sempurna. Menjaga
adab, tatasusila dan berimej muslimah sejati. Amir tidak sangka akhirnya Elena
kecundang dan ditangkap bersedudukan dengan bukan mahram.
“Man, Ita, tolonglah kami. Malu, kami nanti. Kami sanggup
bayar berapa saja. Asalkan perkahwinan ini diteruskan juga,” Datin Ayuni merayu
kepada ibu bapa Amir.
“Maafkan saya Uncle,
Aunty. Macam saya cakapkan tadi, tak semua masalah dapat diselesaikan
dengan wang ringgit. Kalau nak malu, biarlah kita malu sama-sama sekarang. Saya
tak mahu, kelak kami berkahwin dan pastu bercerai-berai. Tak pernah berlaku
lagi dalam keturunan kami.” Datin Ayuni sudahpun terduduk mendengar ketegasan
pendirian Amir.
“Kami sedar kami tak sekaya keluarga korang tapi kami ada harga diri. Mat Saleh tupun rasanya cintakan Elena. Elok Uncle Muz dan Aunty Ayu
kahwinkan mereka berdua. Ballroom ni,
saya serahkan saja untuk langsungkan perkahwinan mereka. Tak usahlah korang membazir.” Tergamam Elena
mendengar keputusan Amir. Dia terasa bagai nak pengsan. Terperangkap dengan
kebodohan sendiri. Mempersia-siakan kasih sayang dan cinta suci Amir Mazlan
terhadapnya.
“I tak nak Eric. I nak you, Am. Eric kejam. Nanti dia pukul I. Tolong I, Am.
Terimalah I semula. I janji akan jadi isteri solehah untuk you. Am, please!” Elena meraung lagi.
“You jangan takut. I dah uruskan segalanya. Eric dahpun peluk
Islam semalam. Dia dah berjanji nak berubah. Mizan, Rizal dan I jadi saksi dia peluk Islam. Sekarang, Eric
dalam perjalanan ke sini. Sekejap lagi, Uncle
Muz dan Aunty Ayu bersedialah untuk
nikahkan Elena dengan Eric di sini. Saya dah uruskan dengan pegawai pejabat
agama. Selebihnya pandai-pandailah korang
uruskan nanti.” Datuk Muzaffar dan Datin Ayuni tidak terkata apa. Nampaknya Amir
lebih pantas mengaturkan segala-galanya.
“Elena, bukan tak pernah I
bagi you amaran. I benci perempuan curang. I dah curahkan segala-galanya. I takkan lupakan kecurangan you. I
dah terima you jadi sebahagian dalam
hidup I. Sayangnya, disebabkan you, I
mungkin akan membenci perempuan selepas ini. Anggaplah persiapan perkahwinan
kita ini sebagai hadiah perkahwinan you
dengan Eric.” Amir menarik tangan kedua-dua ibu bapa untuk meninggalkan ballroom itu. Dato’ Mansor dan Datin
Masyitah tidak mampu berkata-kata apa lagi kerana mereka masih terkejut.
“Am, maafkan I, Am.
Maafkan I. I menyesal.” Elena masih meratap dan menangis. Datin Ayuni terus
menenangkannya.
No comments:
Post a Comment